Sebenarnya Musa Ketakutan – GAUM 

Siapa bha si Zulkarnain ni yang memartabatkan dirinya sebagai Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) tu. Macam pula dari spesis yang tidak ada semangat nasionalisme. Tidak ada perkara lain yang dia fikirkan selain Musa Aman yang perlu diselamatkan. Kerana itu terpaksa menggigit kuat Datuk Shafie Apdal.

Bab UMNO yang telah merosakkan kehidupan ramai masyarakat Sabah tidak pula dia ambil peduli. Sabahan tahu UMNOlah yang bertanggungjawab memutihkan pendatang. Begitu juga dengan kemiskinan, siapa yang sengaja menjadikan masyarakat Sabah terus berada di takuk lama supaya terus taat kepada UMNO. Walhal Sabah adalah antara negeri terkaya di Malaysia dan menjadi simpanan tetap BN?

Seperti contoh pemberian royalti minyak 5%, walaupun sudah berdekad orang Sabah meminta supaya kadar royalti dikaji semula tapi ditolak mentah mentah oleh Ketua Menteri Sabah. Jadi macam mana Sabah boleh maju, kalau sumber pendapatannya disembunyikan oleh UMNO, kalau ada pun yang terlepas licin di vakum oleh pentadbiran negeri. Hemmm. Dalam hal ini tidak pula si Zulkarnain bermulut lancang atau pergi membuat laporan Polis.

Begitu juga insiden penculikan yang kerap berlaku dan lebih mustahak berbanding pembangunan dan kepartian semata-mata. Tapi tidak pula si Zulkarnain ni mempersoalkannya.

Berbalik pada kenyataan manusia yang tidak ada semangat nasionalisme itu. Konon tindakan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil alih parti yang sedia ada bukan perkara yang luar biasa dan perlu digeruni.

Kalau tidak takut atau gerun kenapa lagi bercakap pada media. 😉

Hakikatnya Datuk Shafie Apdal, telah berjaya menarik ramai masyarakat Sabah untuk berjuang bersama sama, bagi membebaskan diri dari kezaliman UMNO. Lihat pemimpin muda PKR daripada Penampang. MP Darell Leiking, beliau meninggalkan PKR kerana dia nampak kesungguhan Datuk Shafie Apdal dalam memperjuangkan nasib negeri bangsa Sabah.

Hanya si Zulkarnain seorang yang buta mata dan hati, tidak ada benda lain yang dia nampak selain Musa Aman aka UMNO yang semakin hari semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

Selepas itu kalau mengikut si Zulkarnain, hanya kerana ROS membenarkan parti sedia ada diambil alih oleh Datuk Shafie Apdal, maka telah menunjukkan betapa suburnya demokrasi Malaysia. Maka UMNO wajar di puji? alahai Zulkarnain. Perlembagaan sudah lama membenarkannya dan lerlembagaan ini bukannya milik UMNO.

Jadi tidak timbul persoalan subur atau tidak demokrasi di Malaysia hanya kerana Datuk Shafie Apdal telah mengetuai parti yang sedia ada.

Berhubung jawatan Menteri KKLW yang pernah disandang oleh Datuk Shafie Apdal tapi dipersoalkan oleh si Zulkarnain. Kerana kononnya gagal memajukan Sabah. Dakwaan ini tidak ada kebenarannya. Begini kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat luar bandar, adalah hasil kerja Datuk Shafie Apdal semasa meneraju KKLW. Lihat beribu rumah PPRT telah berjaya dibina. Begitu juga dengan rangkaian jalan raya desa telah terbina banyak berbanding sebelum sebelum ini. Sewaktu Kementerian KKLW diterajui oleh orang lain.

Berhubung pinjaman MARA yang kononnya tidak dimanfaatkan oleh Datuk Shafie Apdal ketika duduk sebagai Menteri KKLW. Ini juga dakwaan yang tidak ada kebenarannya. Ini si Zulkarnain, semacam ada penyakit mental.

Tahukah si Zulkarnain tanpa Datuk Shafie, Pejabat atau Cawangan MARA yang bertanggungjawab mengurus pinjaman, tidak akan ada di hampir setiap Bandar di negeri Sabah. Begitu juga dengan pemberian biasiswa MARA, ramai anak anak Sabah yang telah mendapat manfaatnya.

Sebagai makluman khususnya pada jentera politik Musa Aman, seperti mana Brother Zulkarnain ni. Hakikatnya selama Datuk Shafie Apdal berada diluar UMNO, ada ramai ahli UMNO dan pengundi atas pagar yang menyokong perjuangan Datuk Shafie Apdal. Kerana mereka tahu, siapa yang benar, siapa yang salah. Ramai dari mereka yang tidak sabar sabar menanti kehadiran pilihanraya yang ke 14. Ditambah dengan adanya spesis seperti si Zulkarnain ni, semakinlah orang Sabah meluat pada UMNO aka Musa Aman.

#politikbolos #sabahubah 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s