Penyelewengan JANS Melibatkan Pemimpin UMNO/BN Sabah? (siri 2)

Ini siri 2 yang akan menceritakan serba sedikit perjalanan projek air di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) hingga membawa kepada penangkapan berjuta wang tunai, harta perhiasan dan beberapa buah kereta mewah milik Pengarah dan Timbalannya.

Dipercayai antara kekayaan yang berjaya dirampas itu datang dari perlaksanaan beberapa projek kecil dan besar selepas diatur menjadi milik kroni atas persetujuan pemimpin pemimpin UMNO Negeri. 

1. Antara projek kecil yang telah mengkayakan pihak yang terbabit ialah projek membekal bahan Tawas kepada JANS untuk memproses air mentah. Tapi bahan yang dibekalkan tidak cukup atau tidak mengikut perjanjian kontrak. Walaubagaimanapun tuntutan bayaran tetap dilepaskan, dari tuntutan tuntutan seperti inilah Pengarah dan Timbalannya serta kroni yang terdiri dari Menteri Menteri UMNO Sabah mengumpul kekayaan. Sebelum SPRM berjaya menemui RM75 wang tunai yang disembunyikan di pejabat dan rumah Pengarah JANS. Admin dimaklumkan kontraktor atau kluster yang mendapat projek melalui kononnya proses tender adalah sebenarnya milik pemimpin pemimpin UMNO. Senang cerita kebanyakan syarikat itu adalah milik pemimpin dan jentera UMNO Sabah yang ada hubungan dengan KM. Ini kerana semua projek agensi tempatan yang bernilai RM1 juta keatas termasuklah projek besar yang akan admin didedahkan dibawah. Mesti mendapat restu atau kelulusan daripada Menteri Kewangan Sabah aka KM. Tapi kalau kita dengar kenyataan mereka, kononnya projek ditawarkan secara tender terbuka. Hemmm 

2. Antara projek besar yang juga dipercayai menjadi sumber kekayaan kepada Pengarah dan Timbalannya hingga tertangkap oleh SPRM ialah datang dari projek membina Loji Air atau Loji Rawatan Air Baharu Kalumpang, Semporna yang bernilai RM160 juta ia diluluskan pada tahun 2015. Projek ini diselia oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tapi dibawa kuasa Kementerian PIS, Datuk Joseph. Sedang peruntukannya datang dari Kementerian TTHA, Datuk Maximus.

Walau bagaimanapun projek itu tidak dianugerahkan kepada orang orang Datuk Maximus atau kroninya tapi menjadi milik seorang pemimpin dari pantai timur Sabah atas nama seorang kontraktor yang dikenali sebagai Ibrahim Wongg yang juga kroni kepada Menteri Menteri UMNO Sabah yang terbabit. Akibatnya telah menimbulkan perasaan yang tidak puas hati di kalangan penyokong dan pemimpin pemimpin BN Sabah hingga terjadi penangkapan oleh SPRM.

Untuk menjawab persoalan kenapa wang yang begitu banyak ditemui di Pejabat Pengarah, ini kerana wang berkenaan baru saja diberikan oleh kontraktor perlaksana tapi tidak sempat di serahkan pada pemilik sebenar. Sehinggalah SPRM datang menyerbu.

Nampak, kiri kanan tidak lepas oh. Bermakna apa yang ditulis dalam Blog Captain M dan banyak lagi cerita buruk di luar sana hanyalah cerita kosong bertujuan untuk mengheret sama Datuk Shafie Apdal. Kesian.

Sedikit kesimpulan dari siri 2 yang ringkas ini. Mana mungkin Datuk Shafie Apdal terlibat dalam kasus ini sedangkan Pengarah yang tertuduh adalah individu yang ada hubungan rapat dengan Menteri Menteri UMNO Sabah sejak mereka mengenali dunia politik. Apa lagi bukan anda tidak tahu Datuk Shafie Apdal adalah musuh seteru. Jadi mana mungkin Datuk Shafie Apdal berurusan dengan mereka.

Isunya projek yang telah menyebabkan tangkapan oleh SPRM adalah projek yang diluluskan pada tahun 2015, nah pada tahun ini juga Datuk Shafie Apdal bukan lagi Menteri KKLW.

Untuk mengurangkan kekusutan, mari kita cabar SPRM supaya mempercepatkan siasatan. Baru kita tahu siapa sebenarnya yang bersalah. Jangan malah admin pula yang menjadi sasaran dari sebarang tindakan. Belajar dari kepimpinan Datuk Shafie Apdal, apa pun tuduhan yang dilemparkan beliau tidak pernah mengheret mereka ke muka pengadilan atau mengambil sebarang tindakan. Bravo 

Harap pembaca faham dan kaitkan tulisan admin diatas dengan “mereka”. Kerana admin tidak boleh menyatakannya secara khusus atau detail. Maklum admin ini pembangkang bukan macam mereka, bunuh orang depan mata pun akan didapati tidak bersalah. Hemmm

Pokoknya semua penyelewengan yang berlaku di JANS 100% melibatkan UMNO Sabah.

Yang masyarakat Sabah juga perlu tahu dan jangan pernah melupakannya ialah kekayaan keluarga Aman.

Keluarga ini mengaut harta negeri sabah melalui Suria Capital debt mengambil banyak konsesi balak dan batu arang. Sampai gua sarang burung pun masuk dalam konsesi mereka.

Melalui suria capital (state GLC Sabah)keluarga itu mengawal Sabah Ports dan membina projek kapal laut dan maintenance Kapal.

Keluarga Aman juga hidup mewah di Australia dan ada syarikat di Australia.

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

One thought on “Penyelewengan JANS Melibatkan Pemimpin UMNO/BN Sabah? (siri 2)

  1. Bah….bongkar, jangan tak bongkar. Ironinya, cepat tu boss UMNO Kimanis menyatakan bahawa Boss JANS itu bukan Ahli UMNO dan x kenal orang berkenaan. Disokong pula oleh cybertrooper yang disuap dengan dedak.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s