PM Malaysia Bersikap Biadab Pada KM Sarawak

Kerna kelantangan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem menuntut hak orang orang Sarawak melalui perjanjian 1963.

Maka Federal aka PM Najib Razak terus bersikap kurang ajar terhadap masyarakat Sarawak dengan mengambil langkah drastik menutup tiga pusat perguruan yakni kolej Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri, IPG Rejang dan IPG Samarahan. Tiga pusat ini akan ditukar menjadi pusat pengajian politeknik dan vokasional.

Walaupun sebelum ini pentadbiran Adenan Satem telah mensasarkan 90% jawatan guru guru di negeri itu akan diisi oleh orang orang Sarawak.

Walaubagaimanapun, tindakan yang tidak disangka itu tidak diketahui secara rasminya oleh kerajaan negeri, Menteri Kebajikan, Wanita dan Masyarakat Kesejahteraan Datuk Fatimah Abdullah, memberitahu pemberita bahawa dia hanya mengetahuinya semasa menghadiri persidangan antarabangsa di Miri, Sarawak.

Ertinya Federal bertindak dengan tidak mengikut peraturan. Ikut suka dia jak. Hemmm

Kita tahu selama ini, kerajaan negeri lantang menuntut hak mereka, sehinggalah Ketua Menteri, Adenan Satem secara rasminya akan membuat usul supaya Federal mematuhi perjanjian 1963. Seperti mana keterangan dibawah,

Ketua Menteri Adenan Satem berkata usul itu akan memberi tumpuan kepada keperluan untuk kerajaan persekutuan untuk memerhatikan hak Sarawak sebagaimana yang diperuntukkan dalam dokumen pengasas Malaysia: Perjanjian Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Pemerintah dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Usul itu akan dibentangkan oleh seorang menteri negeri, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Parti Rakyat Sarawak.

Oleh kerana itulah Federal aka UMNO mula bersikap angkuh aka kurang ajar. Tapi pada masyarakat Sarawak jangan kamu merasa tergugat. Begitu juga dengan orang orang Sabah bersiap sedia kamu, kerna selepas ini, akan ada tindakan yang lebih drastik akan dikenakan agar kamu terduduk, terpaksa akur pada kehendak Federal.

Jangan kamu ikut perangai pemimpin pemimpin UMNO Sabah, buat bodoh pada banyak hal, asal poket mereka yang sarat. Sebab itulah sejak berdekad orang Sabah duduk di belakang berbanding negeri negeri yang lain. Nama saja simpanan tepat dan kononnya negeri yang paling kaya. Kaya kena bodoh sebab dipimpin oleh individu individu tamak adalah. 😉

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

15 thoughts on “PM Malaysia Bersikap Biadab Pada KM Sarawak

  1. nak pa kata ko tok? dalam bajet 2017 mmg dah padah IPG akan tukar jadi politeknik.

    apa mok di marah? politeknik bagi melahirkan ilmuwan juak. pakey anak bumi negeri juak

    mun tukar IPG jadi shopping mall boleh lah mok marah.

    Like

    1. Lahir ilmuan anak bumi keja luar sbb swak teda keja sesuai. Kalo ada tak jadi jutaan. Tgo ja mcmna org swak mati gantung d spore. Ipg tutup guru2 dr semenanjing masuk swak. Guru2 swak study d semenanjing keja pun d semenanjing. Tapi rakyat mcm ko steady sbb bukan kena tukar jd shopping mall, maruah bangsa tercalar no big deal.

      Like

  2. Hemmnn!! Tak tahulah apa nk jadi dgn malaysia ku..Tiap hari ada aje pembongkaran kecurangan orang yg telah diberi AMANAH oleh rakyat..agaknya lah mungkin rakyat bodoh manakala ORANG AMANAH pula bijak maka terjadilah hari ini dalam Sejarah Tanah Melayu orang PUNYA..

    Like

  3. Sarawak negeri besar, klu tutup dua saja ok kot. Ini tiga tutup. Nanti kurang guru, import malaya racist datang sarawak ngajar. Mana impian 90% nak guru org sarawak nak jadi. Nanti spin kata org sarawak tidak berkelayakan. Sedangkan byk graduan yg nganggur.

    Like

  4. Pi sokong lagi najib yg khianat, nanti najib dtg serawak gi kumpul ramai2, cium tangan dia puas2, kalau tak puas cium tapak kaki dia pulak

    Like

  5. nilai ringgit tidak pulih dibanding mata wang serantau selagi pusat terus membuat pinjaman tiada usaha mengurangkan defisit hutang negara. negara akan muflis dgn cara pentadbiran skrg. lihat contoh pembangunan di selangor dan pulau pinang. Dari defisit hutang peninggalan kerajaan bn, skrg terdpt lebihan berbillion utk dibelanjakan utk kemudahan rakyat. di kedua negeri ini sudah ada perkhidmatan bas percuma, tarif air antara terendah dgn selangor memberi air percuma utk beberapa liter cukup utk famili 4 orang. zaman ds anwar, hutang negara cuma 10% bersama kdnk, manakala hutang pusat skrg 52% berbanding kdnk. tapuk dada tanya selera, putusan undi ditangan anda.

    Like

  6. Lihat saja apa dah terjadi pada Timor Leste…keluar drp Indonesia (contoh sahaja). Sabah dan Sarawak punya HAK Mutlak utk menuntut seadanya, mengikut perkara formasi 1963 !! Lautan cina selatan selatan sudah membuktikan kepulauan malaya dan kepulauan Borneo Kalinantan berbeda sangat besar !!! Sangat berbeza darisegi perangai, kemahuan, kerakusan dan seumpamanya. Pembetukkan ini hanya diatas kertas saja…dan tiada yg mustahil dalam dunia dan dalam hidup manusia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s