UMNO Amal Undang-undang Rimba 


Hanya di Malaysia, bercakap di Parlimen pun salah.

Dulu sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal dipecat/gantung. Pemimpin berserta jentera UMNO mencanang kalau ada ketidakpuasan hati ajukan lah mengikut perlembagaan dan peraturan parti, jangan diluahkan secara terbuka. Ini kononnya salah. 😉

Tapi kan, memang pun sejak daripada awal Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Shafie mengikut perlembagaan dan peraturan parti dalam mempersoalkan perjalanan 1MDB. Hanya UMNO yang tidak boleh mengakui kesalahan mereka. Sebab itulah mereka Spin, menjadi satu kesalahan yang serius.

Mula mula, Tan Sri Muhyiddin berjumpa secara bersemuka dengan PM Najib Razak di bilik Perdana Menteri disaksikan oleh Setiausaha Agung UMNO. Muhyiddin Yassin mengajukan soalan, berapa banyak wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak, saat itu PM Najib Razak hanya mampu menjawab, jumlahnya terlalu banyak.

Selepas dari itulah Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap musuh UMNO sehinggalah beliau dipecat.

Begitu juga dengan Datuk Shafie Apdal, beliau hanya merujuk pada apa yang didakwa oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu pun dalam bentuk soalan dan disoal di dewan Parlimen.

Tapi sehingga hari ini UMNO tetap mengeluarkan kenyataan yang sama dan retorik walaupun telah mengikut peraturan berhujah di sidang Parlimen. Tetap saja mengheret Tan Sri Muhyiddin, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Ahmad Husni sehingga pihak Polis terpaksa campurtangan.

Sebelum ini pada sidang Parlimen yang keempat tahun 2016, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah mengajukan soalan berhubung 1MDB tapi Pandikar Amin kata mereka telah melanggar sumpah yang diikrarkan semasa dilantik menjadi ahli Parlimen. Oleh kerana itu, tiga pemimpin ini akan disoal siasat oleh pihak Polis.

Kerna itu kalau menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, tindakan tetap akan diambil.

Peraturan lurus mana yang dimaksudkan oleh UMNO ni atau kah UMNO ni pengamal undang undang rimba, siapa kuat dia Ketua?

Lepas itu kan, UMNO ada hak kah keatas kerajaan, kerajaan adalah entiti yang tidak boleh melakukan kejahatan, sementara UMNO hanyalah organisasi yang telah diberikan mandat, sebagai penjaga kerajaan.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Harapkan pagar pagar makan padi. Itulah UMNO. Jadi kenapa pula UMNO ada kuasa penuh pada kerajaan atau negara sampai semuanya songsang.

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s