Tiada Lagi Bayaran RM1 Di Hospital Kerajaan

Adakah dengan ini bayaran satu ringgit di semua hospital hospital kerajaan akan dihapuskan yang mana bayaran penuh akan dikenakan pada pesakit mengikut kadar seperti yang dikenakan oleh hospital atau klinik swasta?

Mengikut surat ini sebanyak 10 buah hospital telah mengenakan bayaran penuh, melalui fasa satu dan dijangka pada fasa dua yang akan datang, lapan lagi hospital akan mengenakan bayaran yang sama.

Ini kerana pemerintah telah mendapati ia merupakan perlaksanaan yang mendapat sambutan dari rakyat dan boleh mendatangkan keuntungan pada kerajaan.

Apa sudah jadi kerajaan UMNO ni, sudahlah subsidi secara beransur ansur akan dihapuskan. Ditambah lagi perkhidmatan kerajaan yang tampak semakin membebankan rakyat.

Apa lagi perkara yang boleh dinikmati oleh rakyat yang tinggal di sebuah sebuah negara yang kaya raya? Sedang sebelum ini klinik 1Malaysia pun ada.

Benarlah, kini pemerintah berhadapan dengan krisis kewangan yang cukup kritikal. Sebelum ini kita tahu ada beberapa hospital yang tidak dapat memberikan perkhidmatan sebab kehabisan bekalan. 

Ingin sangat admin mendengar penjelasan dari semua Menteri berhubung perkembangan ini. Adeh 

#politikbolos 

Advertisements

12 thoughts on “Tiada Lagi Bayaran RM1 Di Hospital Kerajaan

  1. GEORGE TOWN, Nov 4 β€” Major public hospitals nationwide will be implementing a Full Pay Patient (FPP) programme for the rich and foreigners to retain specialists.

    Health Deputy Minister Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya said the programme would not impact the people as they would still pay only RM1 for medical treatment.

    β€œThe FPP programme is only for those who can afford and it is a way to retain specialists at public hospitals and at the same time, capitalise the loop-hole in providing free healthcare for foreigners,” he told a press conference here today.

    The FPP programme was introduced in 2007 and is an ongoing process to make as many hospitals as possible to opt for it. Among the hospitals which opted for the programme is the Langkawi Hospital.

    From the money collected from each surgery or medical process, 40 per cent is given to the hospital while the remainder is for the specialist in charge.

    β€œWe hope with this programme, specialists will stay with us instead of resigning and moving to private health institutions,” said Dr Hilmi.

    Patients who opt for the FPP programme can chose their own doctor and suitable time to conduct the surgery. However, it will only be held on holidays and non-peak times.

    However, the programme only caters to 30 per cent of the total patients in hospitals and the price offered is half what is offered at private hospitals. β€” Bernama
    – See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/public-hospitals-to-implement-full-pay-patient-scheme-in-move-to-retain-spe#sthash.M1XSlYrp.dpuf

    Like

  2. Tu option la. Ko nk bayar penuh ko pilih la,pastu ko dpt la layanan special dan ko boleh pilih doktor mne ko nak..tu la,tau nk kondem je..klu ko bayar singgit ko beratur la mcm biasa tunggu giliran..

    Like

  3. i think you should recorrect your statement here. FPP tu utk org yg mampu byr je. bukan semua. byrn RM1 for Outpatient Department and RM5 utk klinik pakar still sama je mcm dulu. baca balik betul2 statement KSU KKM

    Like

  4. Full Paying Patient: Pesakit Bayar Penuh??
    **************************************
    (Amaran: Ini post panjang kerana jantung sedang berdegup kencang & jari2 bergerak sendiri menaip keypad dengan flight of ideas)

    Bergegar seluruh kumpulan whatsapp saya & rakan2 dalam Malaysian Mythbusters Malaysia (M3) & MedTweetMy (MTM) apabila pekeliling mengenai Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)/ Full Paying Patient (FPP) ini tersebar di media sosial semalam.

    Penyebaran ini dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab & ingin menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat, apatah lagi Bajet 2017 bakal dibentangkan hari ini (Jumaat-21/10/2017) oleh Perdana Menteri.

    Kesilapan di sini adalah terma Full Paying Patient atau Pesakit Bayar Penuh itu sendiri. Adakah ia bermakna SEMUA pesakit yang datang ke hospital kerajaan selepas ini perlu membayar sepenuhnya kos rawatan??? Tiada lagi bayaran RM1 yang begitu didambakan rakyat selama ini? TIDAK!!

    Full-Paying-Patient (FPP) adalah satu “noun” merujuk kepada pesakit2 yang memilih perkhidmatan ini. Pesakit2 FPP akan membayar bayaran rawatan/pembedahan seperti sektor swasta di hospital awam. Pesakit2 lain iaitu Pesakit RM1 masih kekal seperti biasa, RAWATAN BUAT ANDA TIDAK BERUBAH!

    FPP ini bukan perkara baharu. Ia telah ada sejak tahun 2007 lagi & bukannya baru nak dibuat. Rawatan RM1 tidak pernah terhapus pun sejak FPP diperkenalkan. Anda masih dapat rawatan RM1 sekarang bukan? Kelebihan FPP telah disenaraikan oleh sahabat saya Dr. Abdul Rahman Kadir dalam post beliau semalam.

    Rakyat tidak tahu hakikat yang sebenarnya. Hakikat sebenarnya ialah ini adalah antara langkah bijak kementerian & kerajaan bagi memastikan kecukupan pakar di hospital2 awam. Rakyat juga yang selalu komplen rawatan lambat & doktor tidak cukup di hospital awam bukan? Antara penyebab utama, selain daripada pesakit yang melimpah ruah akibat bayaran yang ridiculously cheap (RM1) adalah kerana ketidakcukupan doktor & doktor pakar kerana ramai doktor & pakar berhijrah ke sektor swasta.

    Now, jangan salahkan doktor kononnya tidak patriotik & mementingkan diri sendiri. Kerana jika anda di tempat kami, kami juga pasti melakukan perkara yang sama, iaitu keluar ke sektor swasta apabila mendapat tawaran. Anda tahu kenapa? Saya akan bagitahu perkara yang tidak ramai doktor akan suarakan kepada orang awam. Mari saya senaraikan antara sebabnya:

    1. Beban kerja di hospital awam adalah tinggi. Selain tugas merawat anda, doktor2 pakar (Gred UD52/54/JUSA C/B/A) ini terpaksa melakukan tugas2 Pentadbiran juga termasuk mesyuarat, tugas meningkatkan kualiti & melakukan kajian/research/audit bagi menambahbaik perkhidmatan kepada anda & mengharumkan nama hospital, kementerian & negara. Ini belum lagi saya sebut mengenai mengetuai pelbagai jawatankuasa & tugasan menjaga Houseman di hospital awam.

    2. Ini belum sebut beban komplen yang dibuat oleh rakyat yang tidak bersyukur. Suka sangat komplen. Hampir setiap minggu saya & rakan2 pakar menerima pelbagai surat komplen dari anda. Anda tahu bagaimana rasanya bila dapat komplen? Komplen secara rasmi, telefon hatta sepatah ayat di media sosial pun tetap kami kena jawab. Apatah lagi bila komplen ini kebanyakkannya TIDAK BERASAS? Malah ada yang DIBUAT-BUAT. Walaupun tidak berasas kami tetap kena jawab. Nak jawab kena mesyuarat, di panggil pihak atasan, mendapat amaran, kena tulis surat dan sebagainya. Jadi, STOP COMPLAINING, ANDA BUAT KAMI STRESSS TAU!

    3. Pesakit terlalu ramai setiap hari akibat masalah kesihatan & gaya hidup tidak sihat hari ini. Bayaran semurah RM1 menyebakan ramai yang mengambil mudah & memandang rendah doktor2 di hospital awam. Sedangkan harga rawatan sebenar adalah mahal & murahnya itu adalah akibat tanggungan subsidi oleh kerajaan kita (lebih 95 peratus). (Jangan cakap pasal cukai pendapatan yang anda bayar, kerana kami juga bayar cukai & mungkin kami bayar lebih tinggi dari anda)

    4. Ramai doktor & pakar hospital awam berhijrah ke sektor swasta kerana tawaran pendapatan yang lebih lumayan (3-5 kali ganda). Gaji pokok Pakar di sektor awam adalah lebihkurang antara RM8-10 ribu & kami boleh dapat RM30 ribu sebulan di sektor swasta. Anda tidak mahu RM30 ribu dengan beban kerja merawat yang sama tetapi kurang beban kerja Pentadbiran & komplen2 daripada pesakit RM1 yang tidak bersyukur?? Jika anda waras & ada pilihan ini, anda sendiri pun akan menyertai hospital swasta.

    FPP ini mengizinkan kami, pakar di hospital awam mendapatkan sedikit pendapat extra seperti rakan2 di sektor swasta. Kami juga adalah keluarga, isteri/suami & anak2 seperti pesakit RM1 yang kami perlu tanggung. Kami juga manusia.

    Rumusan & Kesimpulan saya mengenai FPP:
    ****************************************

    1. Kos hospital awam adalah TIDAK BERUBAH & seperti biasa iaitu RM1 (ridiculously & insanely cheap)

    2. STOP COMPLAINING. Setiap komplen tidak berasas akan mempercepatkan doktor2 keluar ke sektor swasta

    3. FPP membenarkan anda memilih doktor pakar yang akan merawat anda

    4. Masa rawatan pesakit lain TIDAK TERGANGGU kerana doktor pakar akan menggunakan masa di luar waktu bekerja biasa (lepas pukul 5ptg) bagi melakukan pembedahan/rawatan ke atas pesakit FPP)

    5. Pesakit FPP mempunyai senarai pembedahan berbeza & tidak mengganggu rawatan pesakit RM1

    6. FPP ini membenarkan doktor pakar kerajaan mendapat extra income & menggalakkan mereka untuk terus bekerja di sektor awam

    7. Lebih ramai doktor & pakar di hospital awam bermakna rawatan bagi pesakit RM1 lebih cepat & lebih baik

    8. FPP memberi peluang kepada anda yang berkemampuan di bandar2 kecil yang tiada hospital swasta bagi mendapatkan perkhidmatan hospital swasta di hospital awam yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Contohnya pesakit2 di Temerloh, anda boleh ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) apabila perkhidmatan ini ditawarkan kelak (InsyaAllah mulai 2017) & tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur atau Kuantan.

    9. FPP adalah antara langkah terbaik pihak kerajaan & kementerian bagi memastikan kecukupan pakar di hospital awam.

    PS Post ini tiada kaitan dengan dasar2 atau polisi Kementerian Kesihatan Malaysia atau kerajaan Malaysia. Boleh baca kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia untuk kenyataan rasmi KKM.

    #DrMahyuddin
    Pakar Ortopedik Hospital Awam
    #Medical Mythbusters Malaysia
    #MedTweetMY

    Like

  5. Ini jenis pandai baca tajuk je & terus buat andaian negatif tanpa memahami , sentiasa negative thinking, apapun kalau diri dh ada aura negatif semua yg baik jadi tak bagus & semuanya salah shj…tak kan nampak kebaikan

    Like

    1. Pernah pergi hospital putrajaya tak? Untuk sakit biasa mcm demam, pening, mmg kena sehinggit. Tp let say utk warded kes, deposit RM700 utk wad sahaja xtermasuk kos rawatan. Klau xde 700 on da spot, xyah mimpi nak dpt rawatan kat situ. Tu contoh hospital yg dimaksudkan dalam program ni ke? Mohon pencerahan. Klau termasuk, maksudnye paham2 la bila dijalankan kt hospital lain. Tolong pergi hospital putrajaya utk kepastian. Bukan ckp2 kosong ni. Beranak pun sama kes. 2 anak saya lahir kt hospital putrajaya.

      Liked by 1 person

  6. Yang bercakap kencang kt atas, reti baca tajuk je, klau ada anak beranak or sedara sedara korng kena jangkitan kuman ke, jangkitan selaput otak ke, please go to putrajaya hospital gais. Baru u all tau langit tu tinggi ke rendah. Klu duk copy paste menteri ckp, petrol pun bleh jadi 10sen seliter. Korng perlu rasa sendiri baru korng tau. Bukan penjilat atau menjilat. Saya Ckp berdasarkan pengalaman lepas2.

    Liked by 1 person

  7. FPP(full pay patient) .Kena bagi penerangan yang jelas kepada waris pesakit yang terdekat seperti yang sudah berumahtangga jelaskan kepada pasangan mereka bukan kat saudara mereka kerana bayaran FPP hanya suami atau isteri yang kena jelaskan sebelum keluar wad, tidak ada tolak ansur dari pihak hospital BAYAR PENUH BAYARAN (FPP) baru dapat keluar wad.Kalau pergi ke Jabatan Kebajikan Hospital pun tidak akan di layan kerana ada saudara kita yang setuju untuk rawatan di bawah FPP. Bila kita dibenarkan keluar wad pada masa itu baru Kaunter Hasil akan memberi penerangan mengenai FPP.KALAU kita minta secara ansuran pun akan ditolak.Kalau duit tak dapat pada hari itu maka kita di paksa tinggal di wad tapi bukan FREE tetapi kena bayar caj wad. Saya pernah mengalami situasi begini di Hospital Putrajaya.terpaksa pinjam Ah Long untuk menjelaskan bayaran hospital. Ini tidak membebankan pesakit dan keluarganya ke?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s