Maria Chin Abdullah Masih Dalam Tahanan Polis (SOSMA) – Bersih 

Maria Chin Abdullah masih dibawah tahanan SOSMA. 

Sekarang duduk seorang diri dalam lokap yang kecil, tidak bertingkap, lampunya  hidup 24 jam dan sudah tentu tidak ada katil.

Ketua Bersih berkenaan ditahan sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 berlangsung. Beliau didakwa dibawah akta SOSMA. Untuk makluman, mengikut akta SOSMA tidak ada tempoh had tahanan reman, bererti kita tidak tahu bila beliau akan dibebaskan dan juga beliau tidak boleh dibebaskan dengan jaminan Polis.

Persoalannya kan, kenapa beliau dituduh dibawah akta SOSMA, apa kesalahan yang beliau telah lakukan. Sedangkan kita maklum perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung pada 19hb tidak pun mencetuskan sebarang ketegangan kaum atau pertumpahan darah. Walaupun kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunus sengaja menganjurkan perhimpunan pada waktu yang sama.

Tidak seperti Kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunus, asal mereka muncul, ada saja kekecohan yang mereka cetuskan. Sepak terajang menjadi perkara biasa, sampailah hidungnya berdarah terkena tangan seorang anggota Polis. Ketika cuba mengejar seseorang yang dia percayai peserta Bersih, kejadian berlaku di area Ampang yang ditadbir oleh PKR.

Tapi kenapa Jamal Yunus tidak turut ditahan dibawah akta SOSMA? Apa lagi sebelum ini dia ada memuat status provokasi di akaun Facebooknya yang berbunyi, “Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu !”.

Entry itu telah mendapat perhatian daripada ramai pembaca hingga mendapat 2.8 juta like. Tapi dinafikan oleh Jamal Yunus yang akaun Facebook itu bukan miliknya. Tapi kenapa akaun berkenaan masih aktif, tidak ada tindakan dari pihak SKMM. Kerana dia pemimpin UMNO kah?

Setahu admin ni, SOSMA ni hanya digunakan untuk mendakwa pengganas atau penceroboh atau individu individu yang berkelakuan ganas hingga melibatkan komuniti seperti si Jamal Yunus dan gerakannya. 😉

#politikbolos 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s