Silam, Tunku (Lahad Datu) Dan Kunak Keluar UMNO

Semalam kan ada dua kejadian, selepas ini akan tercatat sebagai sejarah politik Sabah. Mimpi ngeri untuk UMNO tapi mimpi yang indah untuk Warisan.

Sedang Datuk Shafie Apdal rancak menyampaikan sedikit amanat pada para penyokongnya yang hadir di kediaman Datuk Shafie Apdal di daerah Semporna pada sekitar jam 9.35pm

Ada tiga orang individu yang mewakili dua kumpulan, datang dari Silam, Lahad Datu, semata-mata untuk menyampaikan borang keahlian Warisan mereka sekaligus mengumumkan meninggalkan UMNO.

Satu kumpulan menyerahkan borang keahlian dan yang satu lagi menyampaikan borang keahlian dan mengumumkan keluar daripada UMNO. Walaupun sebelum ini, mereka diugut dimana kedudukan mereka di dalam UMNO akan dilucutkan.

Untuk makluman pada hari yang sama, sekumpulan ahli UMNO dari Kunak dan Tungku, Lahad Datu juga telah menyampaikan borang keahlian sekaligus mengumumkan keluar daripada UMNO. Jumlah mereka adalah dalam tiga ribu ahli atau orang.

Dicampur dengan kemasukan dari Silam, Lahad seperti keterangan diatas, maka jumlah keseluruhannya adalah dalam lingkungan 6000 orang. Itu belum masuk isteri dan anak anak mereka tau. 😉

Hakikatnya majoriti masyarakat Sabah sudah ada kesedaran walaupun selepas berdekad mendokong UMNO. Rupanya hanya Warisan yang mampu membela nasib mereka ini kerana Warisan dipimpin oleh Datuk Shafie Apdal yang mereka kenali cukup budiman dan memahami aspirasi masyarakat Sabah. 

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s