UMNO Bukan Parti Untuk Orang Sabah

Entri ini ditujukan khusus untuk golongan miskin Sabah atau marhaen. UMNO itu bukan lahir di Sabah bererti ia bukan parti untuk orang Sabah. Ingat! 

UMNO ditubuhkan untuk membela mereka yang tinggal di Semenanjung yakni bangsa Melayu walaubagaimanapun UMNO gagal menjaga masa depan bangsa Melayu walaupun telah diberikan kepercayaan yang begitu lama. Sebab itulah UMNO semakin dilupakan oleh Melayu itu sendiri. Jadi tak kan pula, anda yang berstatus Pribumi dan miskin yang terhegeh hegeh.

UMNO Sabah yang ada pada hari ini hanya menguntungkan kroni yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah. Lihat skandal rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) beratus juta dari projek air yang diurus oleh negeri berjaya dirampas oleh SPRM. Ingat lagi?

Pulau Pinang menjadi milik DAP, bukan kerana pengaruh DAP yang diterima atau kuat tapi datang dari kesedaran masyarakat Melayu itu sendiri. Sebelum ini pemimpin pemimpin UMNO telah menggadai banyak khazanah Melayu di negeri berkenaan termasuklah perkampungan Melayu yang menjadi milik taiko taiko yang berbangsa Cina. Tapi pada hari jentera UMNO mencanang yang sebaliknya, kononnya DAP telah menggadai hak Melayu Pulau Pinang. Hemmm.

Jangan bilang kerana jasa UMNO anda terpaksa mempertahankan UMNO. Tapi sebaliknya UMNO itu yang wajib berterima kasih pada orang Sabah. Apa yang kamu telah kecapi selama ini, sebenarnya baru sekelumit dari apa yang sepatutnya kamu terima. Memandangkan Sabah adalah simpanan tetap UMNO dan Sabah sebuah negara yang kaya raya. Sebutkan apa saja kemajuan yang anda telah kecapi, itu semua belum memadai.

Untuk pengetahuan kamu orang, pembangunan pesat yang berlaku di bandar bandar utama di negeri Sabah seperti contoh di Sandakan, Tawau dan beberapa lagi bandar utama termasuklah Kota Kinabalu, adalah hasil kebijaksanaan DAP yang memerintah bandar bandar berkenaan.

Kewujudan UMNO di Sabah hanyalah bertujuan untuk memastikan kekayaan negeri ini mudah diangkut. Juga bertujuan untuk mengawal sistem pentadbiran yang ternyata telah merugikan masyarakat Sabah, sejak sekian lama. Buktinya mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh pernah membuat kenyataan, bahwa UMNOlah yang sengaja menggubal undang-undang yang bertujuan menafikan perjanjian 1963 atau perlembagaan negeri Sabah. Ini termasuklah menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang telah merugikan masyarakat Sabah.

Oleh kerana itu, parti Warisan akan memastikan segala hak dipulangkan balik pada masyarakat Sabah. Sistem kabotaj akan kita hapuskan. Pemberian geran berkelompok akan juga dihapuskan. Tanah yang terbentang luas akan dibahagikan sama rata. Royalti minyak akan kita tuntut sehingga 20% dan banyak lagi.

Percayakan diri anda, anda mampu menguburkan UMNO di negeri Sabah. Sedarkan komuniti yang di sekeliling anda, bahwa UMNO telah gagal malah menyebabkan hidup mereka semakin susah. Ingatkan mereka pemberian berupa BR1M juga ada semasa era pemerintahan Berjaya, tapi kerana gagal menjaga khazanah seperti yang dilakukan oleh UMNO pada hari ini, parti Berjaya ditumbangkan oleh PBS.

Kerana itu hidup bangsa Sabah, hidup Warisan!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s