Siapa pengkhianat Dr M Atau Pemuda UMNO Malaysia? – Ezam Nor 

Nampaknya perhimpunan agung UMNO 2016 ini telah mengundang banyak pendapat negatif dari masyarakat terutamanya dari penyokong parti parti bukan kerajaan.

Bermula dari ucapan Naib Presiden UMNO Malaysia semasa merasmikan persidangan Pergerakan Sayap 2016. Dikritik sebab tidak menyentuh persoalan yang dihadapi oleh rakyat ekoran gagalan UMNO mengurus negara, dimana kegiatan rasuah semakin tidak terkawal. Menyebabkan kehidupan rakyat Malaysia semakin terhimpit. Selain sudah tentu telah merugikan negara.

Tapi lain yang diangkat, tidak lain tidak bukan. Hanya UMNO yang mampu membela nasib Melayu. 😉

Kritikan keatas ucapan perasmian oleh Naib Presiden UMNO 

Kali ini, juga dari individu yang sama berhubung ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, KJ di persidangan Pergerakan Sayap 2016. Dalam ucapannya, KJ mengutuk negarawan Dr M sebagai pengkhianat negara.

Dibawah ini admin, petik entri dari akaun Facebook Mohamad Ezam Nor yang juga ahli parti PPBM. Mengkritik balik hujahan KJ yang mengutuk Dr M.

1.Bila seorang pemuda Cina bernama Jho Low sapu duit rakyat berpuluh billion..mana KJ dan Pemuda UMNO yang hari ini gah dabik dada jadi pemuda hero melayu?

2.Malu lah kepada pemuda2 Cina yang bangkit tentang perangai jijik Jho Low.Mrk pemuda Cina tapi mereka minta Polis tangkap seorang pemuda cina jahat bernama Jho Low ini.mana pemuda umno melayu?

3.KJ pemuda melayu belajar Oxford tak faham kes perbicaraan 1MDB di mahkamah Singapura?KJ lulusan Oxford tak faham Jho Low bukan shj sudah hilangkan billion duit kita tapi lebih parah Jho Low ini telah hilangkan keyakinan dunia pd kita.

4.KJ tidak faham mengapa Singapura sanggup tutup bank mrk gara2 Jho Low?mrk mahu tunjuk pd dunia mrk ambil tindakan supaya keyakinan dunia pd Singapura tidak hilang.Di Malaysia kita langsung tidak ambil tindakan.

5.Maknanya d Malaysia kita tidak kisah hilang billion ringgit.kita tidak kisah dunia hilang keyakinan pada kita.

6.Bila seorang negarawan tua umur lebih 90 thn kisah dan desak tindakan diambil untuk selamatkan negara anak2 muda dalam Pemuda UMNO ini panggil dia pengkhianat?

7.Kamu biarkan seorg pemuda cina jho low ini belasah duit rakyat kita, ranap dan siat maruah negara kita.kamu jilat lagi pemimpin yang lindungi pemuda cina ini kerana anak menantunya rakan kongsi,rakan berpoya.hanya kerana habuan duit untuk kamu,habuan jawatan untuk kamu, kamu rela bangsa ini ditipu hidup2.kalau bukan pengkhianat apa lagi nama sesuai kamu wahai pemuda UMNO?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s