SPRM Cekup Setpol Ketua Menteri Melaka

Tidak hanya melibatkan PM Najib Razak (1MDB), Ketua Menteri Sabah (JANS)tapi Ketua Menteri Melaka juga turut terbabit tapi tidak pasti datang dari projek apa. Apa yang pasti selepas Ali Rustam, negeri Melaka telah masyhur sebagai antara negeri yang kuat mengamalkan rasuah selepas Sabah? oleh kaki projek.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka Yusof Soros telah dicekup kerana terlibat dengan aktiviti PENYELEWENGAN di negeri berkenaan, SPRM mendapati wang berjuta disimpan di dalam akaun peribadinya yang dipercayai datang dari hasil rasuah.

Kawan mengkhabarkan yang berada di Melaka. Itu kuasa Yusof Soros melebihi kuasa Datuk Bandar dan memang pun, tengok gaya pun kita sudah tahu jenis yang tidak menolak tunggul pun dia telan. Tidak ubah seperti pentadbiran negeri Sabah yang mendapat jolokan vakum, kerna semua projek kecil besar mereka sapu. Hemmm

Ini menunjukkan sebarang aktiviti penyelewengan yang giat di peringkat negeri sudah tentulah melibatkan kuasa penuh Ketua Menteri negeri. Jangan pula ada yang menafikannya ya. Seperti Setiausaha kepada Menteri Kewangan negeri Sabah yang cuba melibatkan Shafie Apdal berhubung penyelewengan di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedangkan sudah jelas Pengarah dan Timbalan JANS itu adalah kroni Ketua Menteri. Sebab itulah admin sengaja mengabaikan karangan Setiausaha Menteri Kewangan Sabah, Joh Wid.

Untuk nota Ketua Menteri Sabah dan Melaka ini ada hubungan yang sangat baik. Mereka ni satu kepala, kaki projek. Sebagai bukti, kamu orang tahukah kerajaan negeri Melaka ada ladang kelapa sawit di negeri Sabah?

#politikbolos

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s