Shafie Apdal Ketinggalan Zaman – Nasir Sakaran 

Datuk Nasir Sakaran, Yb DUN Sinallang, mengata Datuk Shafie Apdal sebagai pemimpin yang ketinggalan zaman sebab memperjuangkan nasib orang Sabah melalui slogan Sabah For Sabahan atau Sabahan for Sabah.

Slogan Sabahan for Sabah adalah slogan yang memperjuangkan nasib orang orang Sabah di negeri mereka. Kita tahu, sekian lama Sabah ketinggalan dari arus pembangunan berbanding negeri negeri yang ada di Semenanjung. Walaupun Sabah adalah negeri yang kaya dengan sumber alam.

Walaupun keistimewaan negeri Sabah telah dijamin dibawah perjanjian 1963 tapi dipandang sebelah mata oleh pemimpin Sabah termasuklah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan Datuk Nasir itu sendiri.

Nah itu semua mesti diperjuangkan walaupun tidak sepenuhnya supaya negeri ini maju bertepatan dengan kekayaannya.

Sedangkan UMNO memperjuangkan bangsa yang ditegah oleh agama Islam. Dimana UMNO hanya memperjuangkan satu bangsa yakni Melayu dan tidak melibatkan bangsa bangsa lain yang ada di negeri Sabah, ini kerana orang Sabah bukannya bangsa Melayu dan perjuangan ini dikenali sebagai ketuanan Melayu. Walhal UMNO sudah lama bertapak di bumi Sabah dan Sabah adalah simpanan tetap UMNO. Tapi kenapa dibiarkan?

Kalau begitu apa yang diperjuangkan oleh Datuk Nasir Sakaran sebagai pemimpin UMNO dari konteks orang Sabah?

Jangan perlekehkan perjuangan Datuk Shafie Apdal yang jelas ada hala tujunya. Jangan lupa tanpa sokongan peribadi Datuk Shafie Apdal, pada PRU yang lalu Datuk Nasir Sakaran tidak akan mampu mempertahankan kemenangannya. Walaupun dibantu oleh pengundi tetap (undi hantu)

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Ketua Bahagian
Semporna tanpa Datuk Shafie Apdal, jawatan itu telah menjadi milik Yb DUN Bugaya, Datuk Ramli.

Sewajarnya Datuk Nasir tidak boleh berpendapat sedemikian. Seolah olah tidak ada hala tuju perjuangan khususnya didalam memperjuangkan nasib orang orang Sabah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s