STAR Sila Nafikan Kerjasama Dengan Anifah Aman 

Jentera USA sibuk menghentam Presiden Warisan. Walhal musuh seteru mereka adalah BN yang diketuai oleh Datuk Musa Aman dan Datuk Anifah Aman tapi didiamkan. Malah ada hubungan kerjasama dengan Datuk Anifah bagi menuntut hak hak Sabah melalui diplomatik yang bertentangan dengan pendekatan yang digunakan oleh STAR yang agak extreme. Logik kah?

Kalau benar BN ada hasrat yang baik, tidak usaha membuat kajian yang memakan berbulan bulan, usulkan saja di sidang dewan dapatkan kelulusan. Lepas itu pindah balik perlembagaan negeri yang telah digubal. Dengan demikian, masyarakat Sabah akan mendapatkan balik hak mereka dan USA sebagai pembangkang akan perlahan lahan dilupakan oleh masyarakat Sabah, menjadikan Sabah kekal menjadi simpanan BN. Susah kah, sedangkan kuasa ada di tangan?

Bikin hairan, benarlah dakwah setengah masyarakat Sabah, USA hanyalah alat kepada BN, supaya pembangkang di negeri ini tidak mendapat kekuatan. Apa lagi selepas kewujudan Warisan yang berusaha keras menumbangkan BN aka UMNO.

Penyokong USA kena tahu. tidak ada kalangan pemimpin gabungan USA yang pernah menjadi pemimpin utama sebaris dengan pemimpin pemimpin BN, jadi mereka tidak tahu kelicikan BN di dalam mempertahankan kekuasaan mereka.

Kerana itu sejak sekian lama kompenan USA menjadi pembangkang di negeri Sabah, tapi tidak berjaya menggegarkan BN. Penyokong pembangkang di negeri Sabah kan kena pandai menilai kemampuan pemimpin pemimpin pembangkang, terutamanya di kalangan USA.

Secara logiknya kalau perjuangan Sabah For Sabahan oleh Dr Jeffrey ada jalan dan kebenarannya pasti sudah lama diakui oleh abangnya Datuk Joseph Pairing Kitingan. Tapi tidak berlaku, ini kerana Datuk Joseph Pairing Kitingan tahu, hakikatnya STAR atau USA berada di pihak BN yang dalam diam di tentang oleh Datuk Joseph Pairing Kitingan?

Admin cabar pemimpin pemimpin USA untuk menghentam Datuk Anifah Aman, sekaligus nafikan kerjasama sebelum ini.

#politikbolos

Advertisements

2 thoughts on “STAR Sila Nafikan Kerjasama Dengan Anifah Aman 

  1. Ni semua surat kbar lama,untk melaga lagakn parti tempatan supaya BN terus selesa mengharungi pru14 Aril ni..17…politik biasalh..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s