Artikel ini ada hubung kaitnya dengan keratan akhbar diatas yang disuarakan oleh setiausaha parti Warisan selepas merujuk penafian yang dikarang oleh Setiausaha politik kepada Menteri Kewangan negeri Sabah, Mohd Joh Wid. Dimana Mohd Joh Wid menuduh Datuk Shafie Apdal selaku mantan Menteri KKLW terlibat dengan skandal di Jabatan Air Negeri Negeri Sabah (JANS). Berdasarkan kuasa atau sistem yang dimiliki oleh Datuk Shafie Apdal semasa memegang Menteri KKLW. Alahai

Disini juga suka admin mengambil kesempatan berhubung kenyataan yang dibuat oleh setiausaha politik berkenaan. Hello brother jangan menyalahkan sistem hanya kerana sistem itu tidak menguntungkan pihak brother. Hakikatnya masyarakat Sabah tahu, selama ini pentadbiran kewangan negeri Sabah adalah bapa penderhaka kepada sistem. Seperti contoh pemberian geran tanah, sistem dimanipulasi, akhirnya kebanyakan tanah hanya dimiliki oleh kumpulan kroni hingga sanggup merampas tanah yang telah dimajukan oleh masyarakat kampung. Selain perlanggaran perjanjian 1963 yang terus dipertahankan oleh pentadbiran negeri Sabah. Makanya jangan pandai pandai menyalahkan sistem.

Rentetan itu, admin timbul lanjutkan kedudukan skandal JANS yang nampaknya terus diputar belit tapi didiamkan.

Lewat tahun ini, masyarakat Sabah dikejutkan dengan penemuan terbesar SPRM selama keberadaan Sabah di dalam Malaysia. Dimana SPRM telah menyerbu Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan mendapati dua individu utama telah terlibat iaitu Pengarah dan Timbalan JANS, dipercayai juga mereka ada hubungan formal dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Memandangkan setiap projek yang bernilai lebih dari satu juta dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri ia perlu mendapat kelulusan dari Datuk Musa Aman, selaku Menteri Kewangan Sabah.

SPRM pada serbuan itu telah berjaya merampas beratus juta wang yang disimpan di dalam Bank dan wang tunai yang disembunyikan di Pejabat JANS dan rumah Pengarah dan Timbalan JANS. Serta kereta Mewah dan barang kemas. Dianggarkan nilai keseluruhan rampasan selain geran tanah ialah berjumlah RM114.2 juta.

Peliknya sejak dari awal skandal ini meletus ia cuba dimanipulasi oleh pihak atau pemimpin UMNO Sabah. Agar mantan Menteri KKLW, Datuk Shafie Apdal disabitkan atau kalau tidak keterlaluan, seolah olah skandal JANS itu adalah perancangan rapi UMNO Sabah supaya Datuk Shafie Apdal disabitkan dengan kesalahan rasuah dengan demikian kedudukan BN Sabah akan selesa dan terus menang pada PRU yang akan datang. Licik bukan?

Tapi tidak menjadi setelah awal awal lagi jentera politik Datuk Shafie Apdal berjaya mengesan sumber sebenar wang dan aset yang berjaya dirampas. Dimana telah didapati sumber kekayaan itu datang dari projek membina loji air di daerah Semporna yang diurus oleh JANS tanpa sikit pun melibatkan kuasa Datuk Shafie Apdal semasa memegang jawatan Menteri KKLW. Selain sudah tentu cabaran dari Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal itu sendiri supaya jangan ada pihak yang membuat kenyataan sementara SPRM masih menjalankan penyiasatan.

Penyelewengan JANS siri 2

Sementara itu, semua saluran media milik UMNO giat mencanang propaganda kononnya dalang utama di sebalik penyelewengan itu adalah Datuk Shafie Apdal memandangkan kononnya beliau adalah Menteri KKLW sejak tahun 2010 yang bertepatan dengan kononnya perbelanjaan keseluruhan sebanyak 3.3 bilion yang telah dikeluarkan oleh KKLW untuk perbekalan air di negeri Sabah. Tapi tidak berkesan, kesian!

Memaksa kumpulan Musa terbang ke Kuala Lumpur untuk menemui Perdana Menteri supaya kes penyelewengan itu di tutup. Dalam masa yang sama seorang Ketua Pemuda UMNO daripada Sabah telah melarikan diri ke luar negara, Hong Kong sebelum meneruskan perjalanan, entah ke mana. 😉

Untuk makluman kan, sejurus skandal JANS meletus, seorang pemimpin UMNO dari Sabah yang baru dinaikkan pangkat oleh PM Najib Razak telah menghubungi pemimpin Warisan, supaya Warisan terus bersuara sekaligus mengheret Ketua Menteri Sabah ke muka pengadilan. Tapi Warisan berpendapat keutamaan perjuangan Warisan ialah menguburkan BN di negeri Sabah bukannya Musa Aman semata mata. Ini menunjukkan skandal JANS adalah perbuatan Ketua Menteri dan kroni kroni mereka. Juga menunjukkan sebenarnya pemimpin pemimpin UMNO Sabah saling bergigitan. Mereka tahu untuk menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman wajib terlebih dahulu dihapuskan.

Isunya kenapa kes ini didiamkan atau kenapa tidak ada pendakwaan. Adakah kerana SPRM telah mendapat arahan dari PM Najib Razak, selepas pertemuannya dengan Ketua Menteri Sabah? Lalu dimana sudah wang rampasan dan harta yang dirampas itu?

Tidak boleh admin bayangkan andai Datuk Shafie Apdal tidak berjaya menepis permainan ini, boleh saja sehingga hari, siang dan malam UMNO memaparkan gambar Datuk Shafie Apdal di media Perdana khasnya di Tv3 sebagai perasuah mengalahkan PM Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB, skandal terbesar abad ini. 😉

Tapi jangan selesa, tidak mustahil selepas ini akan ada lagi serangan yang dilancarkan terhadap parti parti pembangkang khususnya Presiden Warisan. 

Mohon pencerahan, kenapa didiamkan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s