Gambar PM Najib Razak Dan TPM Zahid Hamidi Yang Tidak Mesra

Gambar yang kurang manis ini mampu menjawab seribu persoalan sekaligus akan ada perpecahan diantara PM Najib Razak dan TPM Zahid Hamidi. Gambar ini diambil semasa mereka menghadiri program Mailidur Rasul 2016. 

Kalau merujuk pada memek muka mereka yang tidak mesra ini. Maka benarlah spekulasi yang hangat diperkatakan oleh masyarakat, berhubung permintaan TPM Zahid Hamidi supaya jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dicabut dari Tan Sri Muhyiddin Yassin agar diberikan kepadanya selaku Timbalan Perdana Menteri tapi tidak mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO hingga membawa kepada tersebarnya surat layang dipercayai datang dari pihak PM Najib Razak. Sebagai serangan balik.

Surat TPM Zahid Hamidi pada PM Najib Razak 

Surat layang itu bermaksud supaya PM Najib Razak meletakkan jawatan, kerna PM Najib Razak telah merosakkan kredibiliti BN dan nama Malaysia di persada antarabangsa, rentetan terlibat dengan skandal rasuah. Supaya dengan demikian TPM Zahid Hamidi bersikap agresif dan akan dicop sebagai penderhaka kepada Presiden UMNO yang menyebabkan TPM Zahid Hamidi disingkirkan daripada UMNO.
Atau sememangnya benar surat itu datang daripada TPM Zahid Hamidi, supaya PM Najib Razak serba salah memaksa PM Najib Razak memberikan jawatan sekaligus mengesahkan jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada TPM Zahid. Siapa tahu, ini politik UMNO lah.

Jadi benarlah kenyataan admin sebelum ini, pemimpin UMNO kalau nampak mesra di pentas perhimpunan Agung UMNO dan ada penafian yang menjurus kepada berita yang melibatkan perpecahan di kalangan pemimpin pemimpin UMNO maka itu bererti, perkara itu ada kebenarannya dan mereka sedang makan dalam atau saling curiga mencurigai. 

Itu juga bererti penafian yang dibuat oleh setiausaha Agung UMNO, Ku Nan bahwa surat itu adalah palsu adalah penafian semata-mata. Bertujuan untuk menenangkan keadaan yang tidak lagi terkawal.

Kawan kawan jangan lupa ya, Ku Nan adalah antara individu yang terbabit atau menyokong usaha menyingkirkan PM Najib Razak melalui pendakwaan yang cuba dibuat oleh Peguam Negara, Gani Patail tapi sayang tidak berjaya.

Isunya kenapa memek muka mereka semacam bayangan kehancuran UMNO ya? 😎

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s