Malaysia Akan Mendapat Bekalan Dadah Syabu Terbesar Di Asia. Awas! (video) 

Sememangnya pun, sebelum ini admin ada dimaklumkan berhubung pengedaran dadah dikalangan masyarakat yang melibatkan pelabur atau peniaga dari negara China. Mereka membawa sejumlah besar dadah melalui muatan kontena sama ada melalui kapal laut atau kapal terbang. Kalau di Sabah markas mereka terletak di Kota Kinabalu?

Dari situlah, barulah admin menyedari rupanya dadah di bawa dari negara besar China dan bukannya negara jiran Filipina dan pemerintah Filipina menyedari akan hakikat ini, alsebab itulah walaupun mereka membenteras dadah habis habisan tapi mereka tidak berjaya menemui pusat atau markas pemprosesan dadah syabu atau ecstasy dalam jumlah yang besar.

Ini dibuktikan dengan penemuan terbesar dadah oleh agensi anti dadah Arab Saudi yang diseludup dari tanah besar China.  Dadah dalam jumlah yang banyak berjaya ditemui walaupun disembunyikan dalam bekas besar yang tidak disangka sangka. Dipercayai bekas yang berisi dadah itu berjaya dikesan oleh pihak kastam semasa proses memunggah kontena di pelabuhan di negara berkenaan?

Cuba bayangkan, kalau penyeludupan dadah ini terlepas, habis anak remaja di tanah Arab menjadi penagih dadah.

Dan kita rakyat Malaysia harus juga berjaga jaga, ini kerana berdasarkan khabar yang admin terima sebelum ini, penyeludupan dadah secara besar besaran telah lama berlaku. Tapi yang kita dengar hanyalah penangkapan pusat pemprosesan dadah dalam jumlah yang kecil.

Jangan juga lupa, syarikat besar daripada China telah mendapat projek yang berbilion di Malaysia dan untuk makluman mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bermula dari tenaga kerja hinggalah ke peralatan besar, semuanya di datangkan dari negara China. Jadi tidak mustahil kalau peluang ini diambil kesempatan oleh pengedar dadah antarabangsa untuk membawa dadah ke Malaysia dalam jumlah yang lebih besar. Supaya semua anak remaja termasuklah anak Menteri menjadi pengedar dan penagih dadah. Siapa tahu, namanya terhasil dari pentadbiran yang lemah dan terikat serta boleh saja hukuman kisas daripada Tuhan selepas beribu anak anak Malaysia menjadi penagih dadah kerana penguatkuasaan yang lemah.

Siapa tahu, Malaysia Akan Mendapat Bekalan Dadah Syabu Terbesar Di Asia?

#politikbolos 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s