Sepatutnya Mufti dan Pemimpin BN Sabah Malu Pada Pihak Gereja – 1MDB 

Dua perbezaan yang ketara diantara Mufti aka Ulama di Malaysia ini dengan Presiden Gereja Sabah aka Paderi dalam menilai isu yang dicipta oleh ahli politik.

Presiden Majlis Gereja Sabah, Jerry Dusing semasa berucap di majlis sambutan hari Krismas. Merayu pada pemerintah supaya menyelesaikan skandal 1MDB dalam erti kata yang sebenarnya, sebab kalau tidak ditangani dengan baik akan merosakkan negara.

Berbeza dengan Ulama atau Mufti Perak, hanya berani terhadap Dr M padahal matlamat Dr M mengkritik Skandal 1MDB atau Perdana Menteri Malaysia adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari bencana ekonomi. Anda pun tahu 1MDB telah menyebabkan kehilangan berbilion wang rakyat, juga telah menyebabkan hutang negara bertambah sehingga 500 bilion. Dipercayai sebahagian daripada wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri selebihnya digunakan untuk bermewah mewah oleh mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB seperti yang kita ketahui itulah si Jho Low. Tapi kenapa para Mufti atau Ulama Malaysia khususnya Mufti Perak mendiamkannya, sepatutnya mereka bersuara lantang mendesak agar PM Najib Razak bertindak keatas pihak atau portal yang mendedahkan skandal 1MDB. Barulah rakyat boleh membuat penilaian dan dapat meyakinkan pelabur agar terus melabur. Lihat sekarang nilai mata wang terus menjunam.

Islam tidak mengajar penganutnya menjadi pengecut hanya kerana pangkat dan kekayaan. Islam adalah agama yang mendorong pengikutnya menjadi pemberani kerana benar.

Berbalik pada isu 1MDB yang disuarakan oleh Presiden Majlis Gereja Sabah. Nampaknya pihak gereja lebih prihatin dalam memastikan kesejahteraan negara agar terus terjamin. Berbanding pemimpin BN Sabah yang terdiri daripada PBS dan UPKO yang juga tidak bercakap pasal skandal 1MDB. Walhal kalau kita dengar ada diantara mereka yang menduduki jawatan penting di dalam organisasi Gereja. Tapi kecut takut kehilangan pangkat dan kedudukan?

Disini ada dua isunya, satu jangan malukan status ulama yang menjadi pewaris Nabi hanya kerana duniawi dunia yang bersifat sementara dan yang kedua pemimpin pemimpin BN Sabah yang beragama Kristian, tidak malu kah pada pihak Gereja?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s