PRU14 Warisan Empat UMNO Telur – Semporna 

​Kelmarin ini Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal hadir berserta rombongan bagi merasmikan tiga program politik yang diadakan di Kampung Sumande dan Kampung Bantayan selepas itu di kampung Balimbang walaupun tidak tersenarai sebagai lokasi yang dilawati.

Masyarakat setempat amat tertarik dengan ucapan tuan Presiden Warisan berhubung masa depan masyarakat Sabah yang sepatutnya jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang, memandangkan Sabah adalah negeri yang kaya dengan sumber alam.

Ternyata ketiga tiga majlis atau program jelajah itu telah mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai lapisan masyarakat, tidak terkecuali dari kalangan ahli UMNO yang turut hadir sebagai tanda sokongan yang tidak lagi boleh diganggu gugat.

Ini membuktikan, tidak syak lagi Semenanjung Semporna adalah kubo kuat Warisan. Sekaligus membenarkan telaan masyarakat daerah ini bahwa Warisan akan membolot kemenangan di semua DUN, Bugaya, Senallang, dan Sulabayan sekaligus Parlimen Semporna pada PRU yang akan datang. Pokoknya telur kosong bakal menjadi milik UMNO Semporna.

Ini kerana pada hemat masyarakat, parti UMNO hanyalah objek, berbanding kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu sendiri yang diyakini akan mampu menjaga kebajikan masyarakat Semporna khasnya, umumnya Sabah secara keseluruhannya.

Sebagai makluman, sebelum ini Warisan telah menjelajah di hampir semua kubo kuat BN Sabah. Dan telah terbukti Warisan mendapat sambutan yang menggalakkan, ini termasuklah dari kaum Cina ( KDM, Bajau dan Bugis jangan ceritalah). Di tafsirkan di setiap program jelajah Sabah yang dianjurkan oleh parti Warisan, kehadiran masyarakat amat menggalakkan, mampu mencecah sehingga puluhan ribu orang. Mereka bersemangat bagi memastikan kemenangan Warisan di PRU yang akan datang. Malah berpuluh ribu ahli UMNO dengan rela hati menyerahkan borang kemasukan mereka ke dalam parti Warisan.

Kalau begitu, apa lagi harapan UMNO terutamanya di daerah Semporna dan Sabah secara umumnya ya? 😎

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s