Warisan Mampu Menang Tanpa Gabungan (USA)

Selepas Datuk Seri Shafie Apdal mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO rentetan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap dirinya. Beliau telah menubuhkan parti tempatan Sabah yang dikenali sebagai parti Warisan. Parti tempatan yang akan membela nasib orang orang Sabah dan tampaknya parti ini diterima baik oleh masyarakat Sabah itu sendiri.

Kerana itulah banyak pihak yang meramalkan parti ini mampu menewaskan BN pada PRU yang ke 14. Walaupun tanpa kerjasama daripada mana mana parti politik, termasuklah parti dari Semenanjung seperti PH dan sewaktu dengannya.

Parti Warisan adalah parti baharu yang diterima oleh majoriti masyarakat Sabah, memandangkan parti ini dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal yang cukup dikenali sebagai pemimpin yang budiman dan berkarisma yang pernah dilahirkan oleh negeri di bawa bayu.

Apa lagi Parti Warisan dibarisi oleh gabungan pemimpin lama dan muda seperti Darell Leiking, Junz Wong serta Terence Siambun. Maka itulah Warisan boleh diterima oleh semua golongan dan bangsa yang ada di negeri Sabah. Bukan seperti pemimpin dari parti parti Gabungan (USA), PPRS STAR, PCS, SAPP dan HR kebanyakannya kuda tua dan hanya dimonopoli oleh bangsa tertentu yang susah diterima oleh golongan muda dan bangsa bangsa lain selain KDM yang telah lama menjadi penyokong tegar USA.

Selain faktor kepimpinan, Warisan juga dengan tegas memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 supaya dipatuhi sepenuhnya tanpa kompromi. Tidak macam STAR aka USA sampai sudah bercakap retorik pasal perjanjian 20 akibatnya perjuangan STAR tidak mendapat kepercayaan daripada masyarakat. Buktinya PRU silih berganti tapi STAR hanya menang di satu kawasan.

Jadi pada pihak atau penyokong USA, sedar sedarkan diri, jangan ringan mulut memfitnah politik Warisan sedangkan dalam masa yang sama menyimpan hasrat untuk berkerjasama dengan mereka.

Ini USA bikin hairan, macam ada yang tidak kena, membenarkan sangkaan masyarakat yang USA adalah tali barut BN. Dimana tujuan USA berkerjasama dengan Warisan, ini adalah untuk melemahkan Warisan daripada dalam.

Datuk Seri Shafie Apdal pernah membuat kenyataan, bahawa apa lagi berkerjasama dari segi parti, sedang dalam kita memilih pasangan hidup pun, perlu diteliti supaya tidak ada masalah di belakang hari. Maksudnya tu, sama ada USA atau mana mana parti politik yang ingin berkerjasama dengan Warisan, maka Warisan sentiasa berwaspada, supaya musuh seteru yakni BN berjaya ditumbangkan pada PRU yang akan datang.

Dan kalau pun Warisan sudi berkerjasama dengan USA, sanggup kah pemimpin gabungan terutamanya Dr Jeffrey menerima Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Ketua Menteri Sabah. Sudah tentu tidak, jadi buat apa tunduk pada parti yang menumpang tuah orang lain?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s