Agihan BR1M Berjalan Seperti Biasa

Ini cerita yang sebenar benarnya, telah berlaku atau akan dilakukan keatas penerima BR1M.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak sengaja membuat dakwaan yang kurang jelas terhadap proses pemberian BR1M. Bertujuan untuk mengelirukan masyarakat sekaligus mengajak mereka supaya turut membenci politik BN. (Otak dicuci supaya melupakan segala kebaikan yang telah diberikan). Ini sangat tidak patut!!!

Sedangkan, pada hakikatnya agihan BR1M tetap berjalan seperti biasa ;-

Penerima BR1M yang memiliki Akaun Peribadi dimana mana bank tempatan, akan terus dimasukkan ke akaun mereka. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, mereka akan menerima BR1M melalui Baucer yang disampaikan secara serentak di Dewan Dewan awam dan turut di hadiri oleh Pemimpin atau wakil pemimpin. Adakah langkah yang murni ini akan menyusahkan penerima BR1M?

Berpolitik, berpolitik juga tapi jangan semua kerja yang dilakukan oleh politik BN atau kerajaan walaupun membawa banyak kebaikan tetap diputar belit atau dipolitikkan. Jangan begitu, jangan sampai rakyat yang rugi.

Yang penting sekali kita sebagai masyarakat jangan sampai kufur nikmat nanti Tuhan marah. Ibarat melepaskan anjing yang tersepit, tangan itu yang di gigit. Spesis berupa perangai anjing ini banyak bertempik di dalam pembangkang. Jadi anda sebagai masyarakat, admin pinta supaya berhati hati.

Percayalah apa yang dicanang oleh pihak yang kurang bertanggungjawab, kononnya BN mengamalkan pentadbiran yang tidak adil aka kronisme dan Nepotisme. Sebenarnya pihak pembangkang juga adalah pelaku tegar. Yang agak bijak terpinggir yang kaki jilat dan tolol diberikan kedudukan malah kekayaan. Lama lama cerita sebelum ini yang dicanang oleh jentera pembangkang, kononnya ramai golongan profesional meninggalkan UMNO dan menyertai mereka kerana UMNO tidak lagi relevan. Kali ini situasi itu akan terbalik, parti pembangkang pula yang akan ditinggalkan.

Hakikatnya BN selaku parti yang telah diberikan mandat sedang menghadiahkan rakyat dengan pelbagai perkhidmatan yang terbaik. Seperti contoh perubatan dan sebagainya.

Selain pemberian BR1M itu sendiri yang sedang dicorakkan sebagai haram dan macam macam lagi yang menjengkelkan. Hemmm

Dalam hal seperti ini admin tidak bersikap “bias” malah bertegas akan menyatakan apa yang benar. Titik

Katakan yang benar walaupun pahit. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s