Krisis Korea Utara – Malaysia Bukan Kerana BN

Korea Utara semakin terdesak. Kalau pembunuhan itu atas arahan Presiden Kim Jong Un adik kepada mangsa Kim Jong Nam maka dunia akan berlumba lumba mencari keadilan atas nama hak asasi manusia. Menyebabkan Korea Utara akan menerima tekanan yang hebat. Kerana itulah, tidak mahu tidak mereka menyalahkan Malaysia.

Yang memelikkkan admin, kenapa pula politik pembangkang lebih sudu dari kuah ni, separuh mati menyalahkan Malaysia aka BN. Seolah olah menyokong kekejaman negara komunis?

Secara logiknya tidak ada sumber di dunia ini yang menunjukkan BN terlibat dengan pembunuhan itu. Alahai

Tapi yang pasti pembunuhan itu berkisar soal perebutan kuasa di dalam keluarga Kim Jong. Dimana sepatutnya yang dilantik sebagai Presiden Korea Utara adalah abang iaitu Kim Jong Nam bukannya adik. Menyebabkan Kim Jong Nam agak vokal mengkritik pentadbiran Korea Utara, Kim Jong Un hingga membawa kepada pembunuhan.

Berkaitan kenyataan susulan daripada anak mangsa yang menyalahkan Malaysia kerana kononnya proses siasatan yang kurang jelas. Itu, siapa pun boleh cakap. Itu hanyalah alasan supaya dia sendiri tidak dibunuh.

Itu Korea Utara lah, terlelap semasa mesyuarat pun akan dikenakan hukuman bunuh.

Dalam hal ini, sikit pun BN tidak terlibat. Jauh sekali menukarnya menjadi isu nasional yang dapat menyatukan masyarakat, supaya BN mendapat kemenangan pada PRU yang akan datang. Realitinya BN masih mampu mempertahankan kemenangan, kerana BN yakin masih ramai rakyat Malaysia yang berfikiran waras. Masih mampu membezakan antara persoalan yang mereka hadapi dan persoalan yang terpaksa dihadapi oleh setiap negara.

Berhubung cadangan dari pihak pembangkang atau PAS, supaya Malaysia meminta bantuan dari China dan Norway memandangkan kekuatan Korea Utara bergantung pada China dan Norway sebagai negara yang bijaksana, ia adalah cadangan yang baik. Tapi kalau dua negara itu tidak membantu. Jangan pula dipolitikkan, kononnya Malaysia tidak dihormati.

Percayalah kalau kita berada dipihak yang benar Malaysia akan dilindungi oleh Allah. Tidak usah gentar takut apa yang penting kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersatu menentang kejahatan. Ketepikan perbezaan politik, apa lagi BN ni bukannya teruk sangat, seperti yang di propagandakan. Hemmm

Berkata benarlah walaupun pahit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s