Benarkah Warisan Sangat Kuat? 

Secara luaran atau cerita politik kedai kopi, Warisan sangat kuat di Daerah Semporna hatta di negeri Sabah, ini kita tidak boleh nafikan. Tapi untuk menang di PRU yang akan datang, ahh ini lain dia punya cerita.

Pasti sengit dan sangat tidak mudah, kerana calon daripada BN bukannya robot, mereka juga ada jasa mereka yang tersendiri dan banyak pengalaman serta berkemampuan dari hampir semua aspek.

Oleh itu, tidak mudah kok menggugat BN di DUN Sinallang dan Bugaya, apa lagi di DUN Bugaya yang dikatakan amat tergugat. Jauh sekali bercakap soal Sabah bakal dimiliki oleh Warisan.

Admin masih ingat, sebenarnya calon BN, Datuk Ramli pada PRU13 berdiri sendiri tidak dibantu oleh mana mana pemimpin UMNO. Sebab itulah di saat akhir ada calon Bebas yang berani mengakun dirinya sebagai wakil BN (calon yang dipasang) menyebabkan dia meraih undi yang agak banyak mencecah ribu berbanding calon pembangkang dan Bebas yang lain. Ertinya undi yang dia dapat atas tiket BN atau UMNO.

Walau bagaimanapun permainan yang diatur oleh lawan itu tidak menjadi halangan, Datuk Ramli dari calon BN diisytiharkan pemenang.

Begitu juga dengan calon BN DUN Sinallang. Ramai pihak yang memperkatakan bahwa legacy Tun Sakaran akan berakhir di PRU13. Ini kerna DUN Sinallang pada ketika itu bolehlah dikatakan kubo kuat pembangkang, memandangkan kebanyakan pemimpin pembangkang dan mereka yang tidak sehaluan secara peribadi dengan Datuk Shafie Apdal datang dari perkampungan yang terletak di DUN Sinallang.

Tapi bila keputusan pilihanraya diumumkan ternyata jangkaan pihak lawan sangat meleset. Datuk Nasir berjaya mempertahankan kemenangannya.

Nah kalau sudah begitu cerita yang berlaku diperingkat dalaman, ini bererti kekuatan Warisan di luar Daerah Semporna sangat boleh dipersoalkan. Walaupun penyokong tegar Warisan mendakwa Sabah ini akan menjadi milik mereka. Entah apa alasan yang mereka gunakan sebagai sandaran! Penyokong Warisan seakan tidak berpijak di bumi realiti dan masih termimpi-mimpi di siang hari.

Jangan mudah berharap, PRU masih jauh apa lagi pengundi semakin matang.

Kena ingat, kalau kamu kata Presiden Warisan sangat berjasa di daerah Semporna, maka Wakil rakyat BN yg ada kini juga ada jasa besar yang kamu tidak nampak. Jangan hanya melihat pada kononnya kelemahan Ketua Menteri Sabah dari konteks rumah yang usang untuk kamu politikkan. Presiden Warisan mantan Menteri KKLW juga dikelilingi oleh rumah rumah usang malah banyak yang boleh dipolitikkan dari konteks Kementerian KKLW , selaku Menteri yg tugasnya untuk memerangi kemiskinan luar bandar serta menjaga kemudahan asas luar bandar. Presiden Warisan seharusnya lebih bertanggung jawap atas kedaifan luar bandar Sabah kerana peruntukan yg dipegangnya dulu jumlahnya berpuluh2 billion ringgit.

Kesimpulannya tidak mudah kok membawa masyarakat untuk beralih parti. Sepanjang pemerhatian admin tidak ada kok yang lebih kuat bergegar daripada Datuk Anwar Ibrahim semasa beliau disingkirkan daripada UMNO. Separuh langit di bumi Malaysia diselubungi awan yang tebal. Tapi bila peti undi dibuka, hanya beberapa kerusi yang dimenangi, itu pun selepas dicampur dengan kerusi daripada DAP dan PAS. Adapun negara Malaysia masih di perintah oleh BN sehinggalah ke hari ini.

Walhal kalau menurut pemimpin politik yang seperjuangan dengan Datuk Anwar Ibrahim semasa mereka di dalam UMNO, Datuk Anwar adalah pemimpin yang paling kuat menabur wang, bukan setakat wang tunai, kad kredit juga ditabur supaya beliau diundi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa itu. Tapi bila sudah berada diluar UMNO, tiada satu pun pemimpin UMNO yang mengikut jejaknya. Nampak?

Timbul persoalan yang boleh dipersoalkan benarkah Warisan atau Presiden Warisan sangat kuat?

Moralnya, kamu sebagai jentera Warisan berkerjalah kamu kuat kuat, jangan hanya pandai menghina mengeji mereka yang tidak sehaluan.

Kami pula dipihak BN akan terus berkerja kuat dengan penuh kebijaksanaan, perjuangan BN bukannya semata-mata untuk mencari kemenangan tapi dalam masa yang sama berbakti kepada masyarakat. Jauh sekali sengaja mencari permusuhan. Itu beza antara kita!

Salam Jumaat dan salam perjuangan, BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Advertisements

2 thoughts on “Benarkah Warisan Sangat Kuat? 

  1. Tidaklah kuat sangat tapi tidak hairan lah sebab memang parti baru. Sama macam PPBM.
    Tapi yang peliknya parti yang kononnya kuat dan hebat tu kenapa takut sangat dengan parti2 baru itu? Buktinya hampir setiap hari blogger2 pro kerajaan mcm kamu asyik cakap pasal parti2 baru itu.. kenapa?
    Sebab kamu tahu…parti yg kuat itu semakin ditolak oleh rakyat terutamanya oleh pengundi Saluran 4 dan 5 seperti kami. Dan parti2 baru itu lah alternatif untuk kami..Sekian terima kasih

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s