Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin 

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s