Penafian Dan Cabaran Untuk Warisan.

• Warisan mengadakan sidang media khas bertujuan menafikan program kemasukan semula kumpulan masyarakat ke dalam UMNO yang diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zahid Hamidi dengan membuat kenyataan yang tidak berasas.

• Untuk makluman, ada diantara mereka yang sememangnya masih ahli UMNO tapi telah di propagandakan sebagai ahli Warisan dengan harapan mereka akan dipinggirkan oleh UMNO lalu mengubah haluan kepada Warisan. Sebab itulah mereka tampil membetulkan keadaan, seolah olah ahli Warisan menyertai UMNO.

• Kenyataan Setiausaha Agung Warisan Loretto Sipin Padua Jr kononnya sebelum ini admin hanya berminat pada Warisan semata-mata dan tidak berkerja sama ada langsung atau tidak langsung pada parti Warisan adalah kenyataan yang lemah. Kerana selama ini admin menerima tugasan dari Datuk Shafie Apdal sendiri dan orang kepercayaan Datuk Shafie Apdal. Tapi itulah bila sudah berbeza maka semua dinafikan. Tapi tidak apa, admin amat faham.

• Penafian melalui sidang media Warisan itu juga dengan sendirinya membuktikan admin ini bukannya lalang tapi setia kepada perjuangan UMNO. Yang lalang atau pengkhianat adalah mereka pernah menjadi ahli UMNO tapi keluar menyokong parti pembangkang. Lepas itu berlagak pejuang.

• Angka 300 ahli UMNO yang mereka polemikkan itu sebenarnya kurang dari angka yang sepatutnya yang tidak akan mengundi Warisan di PRU yang akan datang, khususnya di peringkat DUN dan Parlimen Semporna. Mereka terdiri dari ahli Warisan yang diserapkan secara “paksa” dan bukan ahli Warisan atau saja ahli Warisan tapi dalam masa yang sama masih ahli UMNO. Jadi tidak timbul cerita kononnya mereka yang masuk semula ke dalam UMNO itu adalah sebenarnya ahli UMNO. Seperti mana Warisan, majoriti ahli Warisan masih ahli UMNO tinggal lagi jiwa mereka sudah bertukar menjadi jiwa pembangkang.

• Itu Warisan kan, suka sangat membuat sidang media macam saja ramai yang suka percaya. Seolah olah Warisan sebuah organisasi yang sudah lama dan semua kerja mereka benar belaka. Dan seolah olah kepimpinan Warisan terkecuali dari salah laku atau kesalahan semasa mereka berada ditampuk kuasa dan sebagai ahli politik. Sama ada di masa kini atau semasa mereka bersama UMNO, PKR dan DAP.

• Oleh itu admin ingin mencabar Organisasi Warisan, bermula dari Presiden Warisan hingga ke peringkat jentera akar umbi agar tampil membuat sidang atau membuat program besar besaran bagi menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka bukan lagi ahli UMNO. Dan jumlah kehadiran itu semestinya lah menyamai jumlah keahlian Warisan yang didakwa telah mencecah ratusan ribu orang. Paparkan sebesar yang mungkin tarikh surat permohonan dan surat pengesahan daripada UMNO pusat sebagai bukti. Kalau mereka boleh buat dan buktikan maka sahlah kamu ahli Warisan dan pembangkang tegar di negeri Sabah.

• Warisan kononnya memperjuangkan nasib masyarakat Sabah tapi sebelah kaki mereka masih berada di dalam UMNO. Apa yang kamu takutkan, takut hilang punca pendapatan atau peluang mendapatkan projek? Ini menunjukkan Warisan adalah parti yang amat hipokrit berselindung di sebalik slogan Sabah For Sabahan.

• Lepas itu segelintir jentera rasmi Warisan, melalui entri mereka seolah olah bermaksud, Warisan hanyalah milik orang Semporna. Atau daerah Semporna itu adalah milik mereka. Kerana itu kalau kamu bukan orang Semporna anda tidak layak berpolitik di Semporna. (ini berdasarkan, apabila mereka memaparkan status daerah mengundi admin, bukan di Semporna tapi di Lahad Datu)

• Sekarang kamu sudah nampak kan attitude jentera Warisan, jelek, hodoh, buta politik. Tidak boleh menerima perbezaan. Itu belum lagi berkuasa, Nah kalau sudah ada, tidak tahulah. Silap haribulan semua yang menguntungkan menjadi milik mereka.

Tolong sahut cabaran ini. Sebab saya tengok jentera Warisan sendiri sudah mula melike entri dari pemimpin pemimpin UMNO. Ini menunjukkan mereka ni hidup dua alam atau lidah bercabang dan mereka ini boleh dipercayai kah?

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan

Advertisements

4 thoughts on “Penafian Dan Cabaran Untuk Warisan.

  1. Dulu aku rajin masuk blog ni, nak tahu perkembangan Shafie
    Afdal dan WARISANnya, tpai sekarang dah berubah pulak
    kepada menuokong UMNO!!!!!
    Kamu dapat tak telefon samsung A2……….?????
    Dah malas nak masuk sini lagi.

    Like

  2. kuat minta duit mau cabar tiada guna bro jangan malukan diri kalu diri sendiri bukan orang semporna jgn cuba2 mw kacau orang semporna nanti menyesal nda suda kau 2 ^_^ jgn sampai aku cabar ko bersumpah lagi d blog mu ^_^ malu ko nanti aku tunjuk akaun maybank duit yang di transfer dengan kau

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s