Pencerahan Untuk Soalan Dari Kakitangan Awam 

Semalam kan, sejurus admin log out akaun Facebook, admin menerima satu masej mesengger yang berupa soalan dari masyarakat yang juga kakitangan awam. 

Assalam..bro bleh ko tlg jwp prsoalan nie mna la tau ko ada jwpnya..

1. Knp lporan 1mdb d OSAkn sdgkn status 1mdb cuma syarikat bkny badan bkanun ada agensi kerajaan?.
2. Bagaimana duit 2.6b bleh ada dlm akaun najib kmdian teda penafian/pnjelasan konkrit cuma andaiain drpn ging2 najib.. 
3. Knp tiada tindakan@atau statement najib trhdap anak tiri reza yg jelas mggunakan dana 1mdb?.
4. Apa penyelesaian tuntutan sabah 20prkara?..
5. Apa sudh jd dgn jnji pru13?..
Sja2 kta bncg..klu ada info share2 sja..

Di bawah ini sedikit pencerahan/jawapan yang dikehendaki :-

Walaikumsalam, bro. 

1. Kenapa laporan 1MDB diOSAkan. Kerana ada diantara isi laporan itu yang merujuk kepada dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Itu pun selepas Ketua Audit Negara mendapat nasihat keselamatan dari Jabatan Keselamatan Kerajaan. 

2. Seperti yang ditegaskan oleh Peguam Negara, dana 2.6 bilion adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi. Dalam  hal ini pokok persoalan yang  perlu diketahui ialah dana 2.6 itu digunakan untuk keperluan parti. Dan semua juga parti utama di dunia ini menerima dana politik dan disimpan dalam bentuk akaun. Sama, semasa Dr M menjadi Presiden UMNO, beliau juga mencari dan menyimpan dana dan tidak mustahil  sebahagiannya datang dari skandal forex? siapa tahu memandangkan era itu belum ada aplikasi Whatapps yang digunakan untuk menyebarkan dakyah. 

3. PM Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan, bahawa dia tidak terlibat seperti yang di dakwa oleh DOJ. Sebab itulah beliau membenarkan badan kehakiman Amerika (DOJ) menyiasat aset yang disyaki milik Jho Low dan Riza. 

4. Penyelesaian 20 perkara. Kini kepimpinan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah sedang membuka langkah positif dengan mengemukakan tuntutan seperti dibawah, 

BN Sabah dibawah DSP Musa Aman tanpa teriak teriak atau retorik telah menubuhkan jawatankuasa MA63 dan Hak-Hak Sabah Peringkat Negeri Sabah yg di ketuai oleh  Datuk Teo Chee Kang, Ahli Jamaah Menteri Sabah yang juga seorang Peguam untuk memanjangkan permintaan Sabah kepada PM Najib tentang Hak-Hak Sabah dibawah Perlembagaan Persekutuan dan MA63. 

4.1. Apa yg disetujui dalam MA63 tapi tidak  masuk dalam Perlembagaan Persekutuan WAJIB di masukkan balik dalam Perlembagaan Persekutuan. 
4.2. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan masa pembentukan Malaysia tapi terhakis secara tidak disedari serta tanpa persetujuan DEWAN UNDANGAN NEGERI Sabah , WAJIB di masukkan semula dalam Perlembagaan Persekutuan. 
4.3. Mana-mana Hak Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi boleh diperturunkan Kuasa kepada kerajaan Negeri, maka wajarlah diperturunkan kuasa Persekutuan tersebut kepada kerajaan Negeri.

5. Janji PRU13, BN dibawah Persekutuan telah memperuntukkan lebih 3-4 bilion setiap tahun untuk pembangunan luar bandar negeri Sabah. Untuk tahun 2017, Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak 1.5 bilion melalui Kementerian KKLW. Yang meliputi 25% kawasan di negeri Sabah. Pun begitu  tidak dinafikan ada beberapa perkara atau prospek yang dianggap gagal yang ditinggalkan oleh Menteri KKLW sebelum ini. 

#BNforSabahan #UMNOBN 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s