Janji Janji Warisan Untuk Orang Sabah?

Ramai penyokong Warisan yang berpendapat bahawa Warisan tidak akan berkerjasama dengan mana mana parti politik dari Semenanjung. Tapi dalam masa yang menjanjikan pembangunan dan perubahan yang luar biasa.

Antara perubahan drastik yang dijanjikan oleh penyokong Warisan seperti dibawah :-

1. Menubuhkan Kementerian Pelajaran Sabah. Portfolio Pelajaran dan bukannya pendidikan tau, ingat tu. Bermaksud kementerian ini nanti akan berkuasa penuh keatas sistem pelajaran di Sabah yang tidak lagi memerlukan kerjasama atau mengguna pakai sistem sedia ada yang disediakan oleh Federal. Kerana itu Warisan akan menubuhkan Universiti sendiri yang dikenali sebagai Universiti Sabah. Wow!

2. Begitu juga dengan hal yang berhubung dengan harga minyak dan perlaksanaan seumpama GST. Warisan cakap mereka mampu mencari jalan penyelesaian malah sudah tentu lebih baik. Benarkah begitu?

3. Perubahan lain lain yang mereka janjikan seperti menghentikan pemberian  geran berkelompok, memperkasa Yayasan Sabah, mengwujudkan kilang kilang perusahaan, meningkatkan peranan Lembaga Pelabuhan Sabah, pentadbiran negeri berorientasikan rakyat dan mengagihkan peruntukan pembangunan secara rata ke seluruh Sabah. Ini termasuklah isu tuntutan Filipina keatas Sabah dan pemberian Mykad dikalangan mereka yang datang dari negara negara jiran. Ini semua admin tidak perlu persoalkan, kerna ia hanyalah cakap cakap politik berbanding apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN, tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik telah menjadikan mereka manusia yang berguna. Malah jauh lebih baik dan teratur berbanding pengurusan di negara negara jiran. Seperti contoh syarikat milik kerajaan negeri, agensi Yayasan Sabah telah berjaya mengumpul keuntungan sehingga RM14 bilion berbentuk aset dan wang tunai lebih RM420 juta. Menunjukkan tadbir urus kerajaan negeri cukup bersistematik. Suara suara sumbang yang sengaja dicanang kononnya kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah, gagal mengurus Sabah. Hanyalah kenyataan politik semata-mata. Maklum modal apa lagi yang mereka ada selain air liur?

Isunya yang perlu ditekankan disini seperti 1 dan 2 diatas adakah Warisan mampu menyediakan sistem yang lebih baik dari GST dan bagaimana pula dengan harga minyak, apa sistemnya dan apa jalan penyelesaiannya. Bagaimana pula dengan portfolio Kementerian Pelajaran.  Sedangkan Sabah masih berstatus negeri.

Kawan kawan apa yang mereka angankan diatas, sebenarnya tidak benar, malah merupakan tipu muslihat atau janji politik semata-mata. Kecualilah Sabah pada waktu itu sudah mendapat autonomi atau berstatus negara. Bukan pula bererti pentadbiran Federal tidak ingin melihat kemajuan Sabah, selagi Sabah di berada dibawah pentadbiran berpusat. Tapi Sabah sebagai negeri di dalam Malaysia, perlulah diurus secara adil dan saksama dengan negeri negeri yang lain supaya keharmonian sentiasa terjamin. Apa lagi tidak ada halangan untuk anak anak tempatan Sabah berhijrah ke Semenanjung sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau mencari rezeki yang halal.

Kerana itu untuk kesekalian kalinya, kita cabar mereka supaya kepimpinan Warisan jangan menutup mata dan telinga, harus mereka menjawab kemusykilan ini. Terutamanya pada setiausaha agung Warisan supaya tampil untuk mengesahkan bahwa tidak akan ada kerjasama dengan parti parti yang bertapak di Semenanjung dan Warisan akan menuntut autonomi daripada Federal.

Sebelum ini gesaan yang sama telah kita viralkan tapi tidak mendapat peduli. Warisan Perlu Lebih Bertanggungjawab 

Mohon pada Warisan agar berterus terang, jangan biarkan penyokong Warisan tidak tentu hala.

#BNforSabahan #UMNOBN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s