Alasan Warisan Tidak Berkerjasama Dengan Parti² Dari Semenanjung 

Warisan ketika berceramah di program Bicara Presiden di Kampung Benoni, Papar. Mendedahkan kenapa Warisan tidak mahu berkerjasama dengan mana mana parti politik dari Semenanjung;-

Sebab tidak mahu berkerjasama dengan parti parti seperti PPBM, DAP dan PKR adalah supaya kononnya tidak terikat apabila Warisan menuntut tambahan royalti 15% daripada Federal. Tapi,

Anda menuntut sesuatu dari satu pihak tapi anda tidak ada hubungan atau kerjasama yang baik dengan mereka. Boleh jalan kah? dari konteks ini lupakakn soal hak seolah olah boleh dituntut begitu saja, sebab Petronas adalah aset negara walaupun pelantarnya terletak di perairan Sabah.

Persoalan kedua, andai pembangkang berjaya menawan Putrajaya atau Federal, adakah Federal pada waktu itu sanggup melayan kehendak Warisan. Sedangkan kita tahu Federal sebagai pusat pentadbiran akan melihat kepentingan negara melebihi agenda parti politik semata-mata. Kita ambil contoh negeri Kelantan, Kelantan adalah negeri yang diperintah oleh pembangkang sejak sekian lama dan dalam masa yang sama mereka menuntut lebih royalti minyak. Tapi adakah PAS berjaya menuntut bayaran atau royalti yang mereka mahu? paling pun hanya mendapat wang ehsan itu pun dikira cukup bagus sudah. Nampak tak bagaimana Warisan mempermainkan keintelektualan orang orang Sabah.

Kalau benar Warisan mahu menuntut royalti minyak 20% tapi tidak mahu berkerjasama atau terikat dengan Federal maka jalan terbaik ialah bawa Sabah keluar dari Malaysia. Tapi bolehkah Sabah bertukar status menjadi sebuah negara melalui proses pilihanraya umum?

Kawan kawan ini menunjukkan, ketegasan Warisan diatas hanyalah propaganda politik semata-mata. Bertujuan memancing kepercayaan masyarakat supaya menyokong Warisan. Alsebab itulah mereka tidak berani menyahut cabaran agar tuntutan seperti ini dibukukan seperti mana buku jingga oleh PKR. Kerana mereka tahu, ia tidak akan terlaksana kerana dalam masa yang sama mereka melabelkan Warisan sebagai parti tempatan yang tidak ada hubungan politik dengan mana mana parti dari Semenanjung. 

Klik link ini  janji Warisan yang dicabar Janji Warisan Untuk Orang Sabah 

#BNforSabahan #UMNOBN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s