Jentera Warisan Menghina Bajau Laut aka Mereka Yang Tinggal Di Perkampungan Atas Laut! 

Kalau ada lagi Bajau Laut atau mereka yang tinggal perkampungan atas laut, dimana pun mereka berada tapi tetap menyokong Parti Warisan memang benarlah mereka tidak ada harga diri. Dan mereka kena ingat,  kalau tidak ada harga diri, orang lain tidak akan sanggup menghargai mereka. Ingat tu! 

Baca tu, jentera rasmi Warisan walaupun sudah pencen dan tidak lagi relevan tapi sanggup menghina mereka yang di tinggal di atas laut. Walhal keluarganya sendiri masih ramai yang tinggal diatas laut, punyalah ego. Itu belum lagi jadi pemerintah, maka tidak hairanlah kalau selama ini masyarakat dari pantai barat Sabah seperti KDM menyimpan sentimen tertentu terhadap orang orang seperti ini yang kini menjadi jentera Warisan. 

Walhal sejak dari awal kemasukan UMNO ke Sabah sehinggalah Datuk Shafie Apdal mendapat pangkat Menteri kebanyakan pengundi Shafie Apdal di Parlimen Semporna adalah mereka yang tinggal di perumahan atas laut seperti Pulau Bum Bum dan perkampungan yang terletak di pinggiran tanah besar daerah Semporna. Walaupun selama itu jugalah mereka tidak mendapat pembelaan dalam erti kata yang sebenarnya, hanya diberi makan macam ayam peliharaan. Adapun projek dalam bentuk prasarana hanya dibolot oleh kroni yang pada PRU13 adalah penyokong tegar pembangkang. Pokoknya melalui politik Warisan teori, lain yang kerja lain yang mendapat gaji adalah sangat benar. Bikin kesian, hemmm.

Jujur admin katakan walaupun admin ni berbangsa Iban tapi agak terkesan dengan penghinaan keatas Bajau Laut aka mereka yang tinggal di atas laut. Fikir fikirkan! 

Jangan perjuangkan parti atau pemimpin yang tidak berani memperjuangkan anda, jauh sekali sanggup menghina kerja Tuhan. 

Beringat kamu, kepimpinan yang sudah teruji gagal walaupun bertukar kulit tidak akan mudah meraih kepercayaan dari orang ramai, jadi jangan jadikan diri anda korban. Lihat saja kenyataan dari jentera Warisan berkenaan,  menghina masyarakat seolah olah mereka datang dari bulan, mahu kah anda sebahagian daripada mereka? 

Lagi menghairankan admin,  kalau di Semporna tu mana ada Bajau yang berasal dari darat, semua juga berstatus Laut. Bikin pelik, memang susah kalau ego sudah menguasai diri hanya kerana politik, lupa diri dibuatnya. Jangan lupa asal usul, nanti anak cucu marah marah. 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s