Warisan Saman Orang Kampung (Harapan)

Musuh mengkritik pelbagai bentuk macam hingga sanggup menyentuh peribadi tapi disebabkan admin tahu akan kebenarannya yang cuba berselindung di sebalik kenaifan atau kejelekkan martabat mereka itu sendiri dan sebaliknya admin. Maka itu admin mengambil keputusan tidak akan mengambil tindakan, ada juga tu yang akan membetulkannya.

Kita wajar mencontohi sikap kepimpinan negeri Sabah walaupun dilemparkan dengan pelbagai kritikan dan hinaan, tetap saja mereka bersikap cool, terus menabur khidmat pada masyarakat. Ada juga tu pihak yang akan membetulkannya, seperti mana sokongan padu yang admin tunjukkan pada mereka. Sebelum ini admin puas mengkritik kepimpinan BN negeri, khususnya Ketua Menteri Sabah. Tapi tidak pernah sekalipun diugut akan diheret ke muka pengadilan.

Tapi sekarang baru secubit kematangan yang ditunjukkan oleh masyarakat keatas politik Warisan sudah pun Presiden Harapan, Datuk Lajim Ukin yang mereka sokong diheret ke Mahkamah oleh kepimpinan Warisan.

Sabah Ubah apa tu?

Hakikatnya yang mengiyakan ucapan atau kenyataan Presiden Harapan, Datuk Lajim pada majlis itu ialah masyarakat yang berada dimajlis berkenaan.

Dalam klip video dan audio yang telah dikongsi melalui media sosial, Lajim dalam ucapannya berkata: “Yang bikin IC ini adalah kepala dia siapa Presiden” (yang membuat IC ini kepala yang Presiden) diikuti sahutan dari hadirin (masyarakat) yang menyebut nama sebuah parti politik iaitu parti Warisan.

Bagaimana masyarakat kampung yang tidak ada kepentingan secara langsung, tahu perkara sebenar yang dilakukan oleh Presiden Warisan sebelum ini. Adakah dakwaan mereka ada asasnya?

Ertinya sekarang yang diheret oleh parti Warisan bukannya Datuk Lajim Ukin tapi pengundi atau masyarakat kampung. Apa pun tunggu perbicaraan itu diantara Parti Warisan dan masyarakat kampung.

Peguam Warisan, Norazmi Hj Alimat telah menyampaikan surat yang menuntut presiden Parti Harapan Rakyat Sabah untuk membuat penjelasan awam kepada Maijol Mahap, Timbalan Presiden Harapan Rakyat, di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin. Lajim mempunyai masa tiga hari dari tarikh penerimaan surat untuk memberi penjelasan secara bertulis, dan kegagalannya berbuat demikian, Warisan akan memulakan prosiding sivil.

#BNforSabahan #UMNOBN

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s