Warisan Pro BN – Dakwa DAP Sabah

Betul kah, menurut Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking. DAP Sabah telah memfitnah mereka iaitu Warisan difitnah sebagai parti Pro BN?

Kalau nak kata Pro BN tidaklah tapi kalau kata Warisan equal Dr M (PPBM)di Sabah, jelas dakwaan ini adalah sahih lagi benar. Walaupun cuba dinafikan oleh barisan kepimpinan Warisan memandangkan sebelum ini Warisan diperkenalkan sebagai kononnya parti tempatan Sabah yang setaraf dengan STAR dan mampu membolot semua kerusi DUN pada PRU yang akan datang.

Realitinya tidak begitu PKR dan DAP Sabah berdegil mahu bertanding di beberapa kerusi yang juga disertai oleh Warisan. Alsebab itulah Presiden Warisan, Shafie terpaksa menggunakan kuasa Pengerusi PH Malaysia, Dr M untuk membolot semua kerusi DUN. Hingga mengundang kemarahan DAP dan PKR, terjadilah pergaduhan seperti mana kenyataan ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin yang dipaparkan di surat khabar berbahasa Cina.

Kamu nampak tak, kelincahan Presiden Warisan. Pusing sana pusing sini. Itu Timbalan dan Naib Naib Presiden Warisan tu, bukan tahu apa apa tu. Bergambar saja yang mereka pandai, poyoh.

Pun begitu Adun Sri Tanjung telah tampil membetulkan kesahihan berita yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan. Bahawa dia tidak menuduh Warisan Pro BN tapi sebaliknya andai parti seperti Warisan tidak mahu berkerjasama dengan DAP/PH maka mereka adalah parti pro BN.

Nampak gayanya DAP Sabah sendiri tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan oleh Dr M.

Pada penyokong Gabungan Sabah dan DAP Sabah jangan kamu sesekali memandang enteng pandangan DAP Sabah. Siapa tahu dakwaan DAP itu ada asasnya, berasaskan kedudukan adik Presiden Warisan Datuk Yusof Apdal yang masih setia bersama BN.

Cepatnya Warisan berburuk sangka, takut DAP dan PKR menuntut lebih kerusi kah, itu yang awal awal lagi mencari gaduh tu. Hemmm

#BNforSabahan

Advertisements

Penang Negeri Pembangkang Di Landa Banjir

Kalau selama ini kritikan pembangkang keatas negeri negeri yang diperintah oleh BN berkenaan banjir, kita akui benar sebagai satu kegagalan BN dan tidak disebabkan oleh bencana alam. Memang kita menyesal dan tidak sudah jentera pembangkang mentertawakan kita dari belakang.

Hari ini negeri pembangkang, Pulau Pinang dilanda banjir yang cukup dahsyat. Bayangkan kerna banjir yang dahsyat itu, fungsi kereta boleh bertukar menjadi bot laju. Silap haribulan banjir kali ini boleh mengorbankan jiwa.

Alasan yang ditekankan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana hujan begitu lebat dan berpanjangan. Alasan yang sama bila negeri negeri BN dilanda banjir. Tapi kenapa bila DAP atau pembangkang memberikan alasan yang sama boleh pula penyokong pembangkang menerimanya. Walaupun secara logiknya tidak wajar negeri itu berhadapan dengan banjir yang besar. Kerana Pulau Pinang dikelilingi oleh laut dimana air yang berlebihan boleh disalurkan ke laut dengan mudah. (Andai benar DAP sebagai parti pembangkang telah berjaya mengurus negeri).

Tepuk dada tanya selera, adakah diri anda sudah menjadi barua pembangkang yang gagal?

Selamat menyambut hari Malaysia, merdekakan diri anda dari pilihan yang salah iaitu parti pembangkang.

Kenapa Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis?

Hari ini si Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis selepas ditangkap pada 10hb September 2017. Persoalannya kenapa si Jufazli dibebaskan, seolah olah fitnah yang dia lemparkan ada kebenarannya?

Sebab PDRM tersilap di dalam membuat pendakwaan. Mulanya si Jufazli didakwa dibawah seksyen keseksaan. Sedangkan bukti yang pihak Polis ada hanya sesuai untuk pertuduhan yang dibuat di bawah akta Hasutan. Dan walaupun pihak Polis cuba menukarnya pada saat akhir tapi hakim majistret menganggapnya tidak sah.

Hakikatnya si Jufazli telah melakukan kesalahan yakni memfitnah kepimpinan BN Sabah sebagai bertanggungjawab keatas kebakaran di Kampung Ice Box, Tawau.

Dan dakwaan si Jufazli kononnya dia bebas sepenuhnya adalah tidak benar. Dia dibebaskan atas jaminan Polis dan dia masih dalam siasatan.

Hello Jufazli itu bukannya kemenangan selepas kao memfitnah tapi sebenarnya kao hanyalah bernasib baik, sebab berlaku kesilapan teknikal semasa membuat pendakwaan. Apa lagi yang mempertahankan kao tu adalah peguam, dua orang pula tu!. Bukannya kao yang bercakap untuk mempertahankan dirimu. Hemmm.

Ingat! teknikal semata-mata dan kao telah melakukan fitnah. Salah tetap salah dan siasatan masih berjalan.

#BNforSabahan

Kampung Ice Box Blok 8 Dibakar oleh DAP?

Tidak waras sudah si Jufazli ni, semakin hari semakin semakin biul. Mungkin mendapat tekanan dari DAP Sabah, agar jangan menjadi Setiausaha DAP yang makan gaji buta.

Adakah patut sanggup membuat kenyataan yang bangsa Israel sekali pun tidak sanggup melakukannya, apa lagi terhadap bangsanya sendiri.

Si Jufazli mendakwa bahwa kebakaran subuh tadi di kampung Ice Box blok 8 yang mana majoriti penduduknya dari rumpun Melayu adalah perbuatan khianat BN. Gila!

Tapi si Jufazli yang sengal itu lupa satu perkara, kedudukan sebenar perkampungan Ice Box itu terletak di DUN Sri Tanjong yang diperintah oleh DAP. Dimana Ybnya ialah Chan Foong Hin.

Jadi kalau kita kutip cara berfikir si Jufazli, logik rasanya kalau kita kaitkan kebakaran kampung Ice Box tadi pagi dengan DAP. Kita boleh mendakwa yang bertanggungjawab membakar kampung berkenaan adalah pemimpin DAP iaitu Chan Foong Hin. Tujuannya supaya kawasan itu dapat dimajukan.

Apa lagi masyarakat sedia maklum tentang apa yang telah dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Habis pinggiran darat di transformasikan menjadi perumahan mewah hingga Melayu Pulau Pinang merempat di bumi sendiri. Andaian yang logik bukan?

Bukan macam si Jufazli membuat tuduhan yang liar dan tidak berasas sama sekali, hanya kerna Sabah diperintah oleh BN. Apa lagi pihak Polis Tawau telah berjaya menangkap individu yang dipercayai bertanggungjawab kepada berlakunya kebakaran.

Jangan pula kerana andaian ini pemimpin DAP membuat laporan Polis terhadap admin. Sebab kalau iya, admin akan membuat Laporan yang sama terhadap Jufazli. Ok

#BNforSabahan

Exco DAP di Cekup oleh SPRM – Kilang dan Rasuah

Jeliknya juga DAP ni, walaupun kilang itu berstatus haram tapi kalau dijalankan oleh penyokongnya, maka kerajaan tidak boleh mengambil tindakan.

Beginilah style DAP dalam usaha mengekalkan sokongan walaupun jelas kumpulan itu telah menyalahi undang undang. Menunjukkan pembangkang di Malaysia ni tidak bersikap check and balance tapi mereka yang melebih lebih seolah olah tidak sabar untuk melanggar undang undang andai mereka menjadi parti pemerintah. Macam pembalasan sipitung.

Kalau beginilah sikap pembangkang, habislah. Itu belum menjadi pemerintah

Sebelum ini Mr.So (Phee Boon Poh)seorang pemimpin DAP, Exco telah ditangkap oleh SPRM kerana tuduhan rasuah di sebuah kilang haram.

Tapi tindakan SPRM itu dianggap telah menyalahi undang undang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata pada pemberita di Mahkamah Pulau Pinang, DAP akan mempertahankan Mr. So. Ini kerana dia telah mematuhi dasar-dasar negara yang boleh diterima untuk entiti haram beroperasi, selagi ia tidak menjejaskan orang ramai.

Kamu nampak tak?

#UMNOBN #tolakpembangkang

DAP Sabah Layak Membelakangkan Warisan – Calon

Kalau mahu meletakkan lebih ramai calon DAP di DUN dan Parlimen Sabah pada PRU yang akan datang, maka sebenarnya tidak perlu pun DAP berunding atau berkerjasama dengan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Siapa juga Warisan? persoalan ini yang perlu difahami oleh DAP, sedangkan DAP jauh lebih berpengalaman dan layak berbanding Warisan yang baru berumur setahun jagung. Tapi terus saja berunding dengan Dr M selaku pengerusi PH, dengan cara ini peluang DAP akan lebih cerah.

Nampak sudah kah betapa dominannya PH hingga melangkaui parti Warisan di negeri Sabah. Tinggal lagi parti Warisan suka berlagak seolah olah merekalah yang mengungguli politik pembangkang di negeri Sabah. Walhal Ketua pembangkang di negeri Sabah bukannya dari Warisan tapi komponen PH iaitu PKR.

Hakikatnya siapa juga Warisan yang mentah serba serbi, mentah dari percaturan parti politik malah mentah dalam konteks perlembagaan parti dan negara. Sebab itulah agenda mempolitikkan perjanjian 1963 tidak menjadi.

Baru baru ini sekumpulan dari DAP Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Stephen Wong menemui Dr M bagi membincangkan sesuatu atau pertambahan kerusi di negeri Sabah.

Sebelum itu DAP Sabah, Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin telah bertemu dengan Presiden Warisan bagi merundingkan kedudukan calon DAP di PRU yang akan datang. DAP mahukan lebih kerusi, 8 kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN. Tapi nampaknya tidak mendapat kerjasama, banyak alasan yang diberikan oleh Datuk Shafie Apdal selaku Presiden parti Warisan.

#BNforSabahan #tolakwarisan

Jawatan Ketua Hakim Negara Dilacurkan Oleh Pembangkang

Pembangkang semua hal mereka lacurkan tidak terkecuali jawatan Ketua Hakim Negara, mentang mentanglah Tan Sri Ricard Malanjun berasal daripada Sabah.

Dulu semasa Tan Sri Ricard Malanjun melaporkan penemuan RCI bahawa masih ramai masyarakat Sabah yang belum memiliki Mykad. Maka pembangkang mendakwa rumusannya itu berbaur politik atau bersekongkol dengan BN. Dalam erti kata lain Tan Sri Ricard Malanjun ditekan sebagai tidak berkredibiliti mengetuai RCI walaupun beliau seorang ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

Tapi hari ini lain sudah ceritanya pembangkang termasuklah Presiden Warisan menyokong cadangan pelantikan Tan Sri Ricard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara. Seperti mana keputusan sidang meja bulat Parlimen yang diumumkan oleh Parlimen Stampin dari DAP, Julian Tan kononnya pihak pembangkang sebulat suara menyokong pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara yang baharu.

Berkaitan laporan RCI yang diumumkan oleh Tan Sri Ricard Malanjun, sehingga hari pemimpin Warisan, Terence Siambun masih mempersoal kesahihan laporan itu, ini berdasarkan kritikannya keatas kehadiran PTI di negeri Sabah yang kononnya tidak terurus dan ia telah menguntungkan BN. Tapi perlu diingat pada masa itu Shafie Apdal yang memegang jawatan Menteri KKLW menyokong atau mengakui laporan yang dikemukakan oleh Tan Sri Ricard Malanjun. Nampak tak namanya kepimpinan yang keliru dan terdesak, last last akan kita nampak temberang mereka.

Politik punya pasal, macam macam ada. Tidak usahlah pembangkang bermain dengan isu ini, masyarakat sudah masak dengan attitude pembangkang, suka mengambil kesempatan walaupun sebelum ini
ia ditentang habis habisan. Hemmm

#BNforSabahan