Exco DAP di Cekup oleh SPRM – Kilang dan Rasuah

Jeliknya juga DAP ni, walaupun kilang itu berstatus haram tapi kalau dijalankan oleh penyokongnya, maka kerajaan tidak boleh mengambil tindakan.

Beginilah style DAP dalam usaha mengekalkan sokongan walaupun jelas kumpulan itu telah menyalahi undang undang. Menunjukkan pembangkang di Malaysia ni tidak bersikap check and balance tapi mereka yang melebih lebih seolah olah tidak sabar untuk melanggar undang undang andai mereka menjadi parti pemerintah. Macam pembalasan sipitung.

Kalau beginilah sikap pembangkang, habislah. Itu belum menjadi pemerintah

Sebelum ini Mr.So (Phee Boon Poh)seorang pemimpin DAP, Exco telah ditangkap oleh SPRM kerana tuduhan rasuah di sebuah kilang haram.

Tapi tindakan SPRM itu dianggap telah menyalahi undang undang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata pada pemberita di Mahkamah Pulau Pinang, DAP akan mempertahankan Mr. So. Ini kerana dia telah mematuhi dasar-dasar negara yang boleh diterima untuk entiti haram beroperasi, selagi ia tidak menjejaskan orang ramai.

Kamu nampak tak?

#UMNOBN #tolakpembangkang

BN Pulau Pinang Gesa Lim Guan Eng Meletak Jawatan – Tidak Malu 

Kumpulan gagak hitam yang terdiri daripada jentera dan penyokong BN menunjuk perasaan, mengesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan. Kerana didakwa telah terlibat dengan pembelian rumah pada harga yang murah. đŸ˜‰

Yang bikin hairan, kenapa pula BN yang sibuk dan bukannya penyokong penyokong DAP yang bertanggungjawab mengangkat Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Apa mereka ingat kalau usaha menjatuhkan Lim Guan Eng berjaya, maka jawatan Ketua Menteri akan diambil oleh BN kah?

UMNO ni semakin hari semakin hilang akal. Itulah kalau ada kuasa, gunakanlah kuasa itu sebaik baiknya. Jangan pandang rendah pada rakyat. Dimana sepatutnya rakyat yang bersenang lenang tapi apa berlaku adalah sebaliknya, merompak harta rakyat.

Telah dua penggal Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Menunjukkan kepimpinannya diterima oleh majoriti masyarakat negeri itu. Hanya BN yang semakin hilang akal terpaksa mencari taktik kotor. Bila sudah ditolak oleh rakyat, barulah sibuk menyalahkan pihak lawan, kesalahan sendiri dilupakan.

Hello kawan, rakyat nampak dan merasa apa yang berlaku. Hanya UMNO yang semakin buta mata dan hati.

Tindakan seperti ini boleh dilakukan oleh masyarakat Sabah yang majoritinya pengundi BN agar Musa Aman meletakkan jawatan. Ekoran penyelewengan dalam JANS hingga menyebabkan rampasan berjuta ringgit oleh SPRM, dimana besar kemungkinannya telah melibatkan pentadbiran negeri. Tapi masyarakat Sabah masih berlagak budiman.

#politikbolos #sabahubah