Dr M Cuba Merosakkan UMNO Dari Dalam – TPM Zahid

Ada saja pihak yang cuba membunuh UMNO dari dalam termasuklah dari individu yang pernah memimpin UMNO.

Terbaru Dr M mendakwa TPM Zahid pernah berjumpa dengannya bagi mendapatkan sokongan sekaligus jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Najib Razak sejurus dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dakwaan yang tidak logik, baru kena lantik dah nak lawan tauke? Zahid tu antara pemimpin yang paling berpengalaman dikalangan pemimpin politik yang ada di Malaysia.

Sebenarnya Dr M berpendapat kalau sudah TPM Zahid sangup mendedahkan keperibadiannya, maka tidak ada sebab kenapa Dr M tidak sanggup melakukan hal yang sama, sekalipun terpaksa membuat kenyataan yang tidak benar atau fitnah.

Dengan harapan akan berlaku salah faham diantara TPM Zahid dan PM Najib Razak.

Pada admin tindak balas yang ditunjukkan oleh Dr M adalah tindakan yang terdesak. Namanya juga pembangkang, apa pun mereka sanggup lakukan yang penting UMNO tidak lagi diterima oleh orang Melayu.

Sebelum ini TPM Zahid ada mendedahkan nasab Dr M yang berasal dari negara luar. Tidak menghina pun, hanya memaklumkan kepada ahli UMNO siapa Dr M dan UMNO dari konteks biologi. Memandangkan UMNO adalah parti keramat majoriti kaum Melayu. Dan kononnya TPM Zahid menghina Dr M seperti yang dicanang oleh jentera pembangkang adalah tidak benar, cerita asal sengaja di besar besarkan. Walhal apa masalahnya kalau memang benar, Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Nasab admin juga menggunakan pengenalan anak dan bukannya bin. Luin anak Lansang, sekarang Jalin bin Luin. Tak ada masalah pun.

Apa lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri sememangnya “Mahathir a/l Iskandar Kutty” yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah benar. Hakikat ini boleh dirujuk semula sama ada melalui Jabatan Pendaftaran Negara atau rekod pendaftaran masuk Dr M ke University.

Cakap banyak tidak ada guna, oleh itu mari kita cabar pihak Dr M agar mendedahkan bukti pertemuan mereka. 😎

#BNforSabahan

Jawatan Ketua Hakim Negara Dilacurkan Oleh Pembangkang

Pembangkang semua hal mereka lacurkan tidak terkecuali jawatan Ketua Hakim Negara, mentang mentanglah Tan Sri Ricard Malanjun berasal daripada Sabah.

Dulu semasa Tan Sri Ricard Malanjun melaporkan penemuan RCI bahawa masih ramai masyarakat Sabah yang belum memiliki Mykad. Maka pembangkang mendakwa rumusannya itu berbaur politik atau bersekongkol dengan BN. Dalam erti kata lain Tan Sri Ricard Malanjun ditekan sebagai tidak berkredibiliti mengetuai RCI walaupun beliau seorang ketua Hakim Sabah dan Sarawak.

Tapi hari ini lain sudah ceritanya pembangkang termasuklah Presiden Warisan menyokong cadangan pelantikan Tan Sri Ricard Malanjun sebagai Ketua Hakim Negara. Seperti mana keputusan sidang meja bulat Parlimen yang diumumkan oleh Parlimen Stampin dari DAP, Julian Tan kononnya pihak pembangkang sebulat suara menyokong pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara yang baharu.

Berkaitan laporan RCI yang diumumkan oleh Tan Sri Ricard Malanjun, sehingga hari pemimpin Warisan, Terence Siambun masih mempersoal kesahihan laporan itu, ini berdasarkan kritikannya keatas kehadiran PTI di negeri Sabah yang kononnya tidak terurus dan ia telah menguntungkan BN. Tapi perlu diingat pada masa itu Shafie Apdal yang memegang jawatan Menteri KKLW menyokong atau mengakui laporan yang dikemukakan oleh Tan Sri Ricard Malanjun. Nampak tak namanya kepimpinan yang keliru dan terdesak, last last akan kita nampak temberang mereka.

Politik punya pasal, macam macam ada. Tidak usahlah pembangkang bermain dengan isu ini, masyarakat sudah masak dengan attitude pembangkang, suka mengambil kesempatan walaupun sebelum ini
ia ditentang habis habisan. Hemmm

#BNforSabahan

PPBM Kambing Hitam Pakatan Harapan (PH) 

Sebenarnya admin malas mengambil kisah sangat kebobrokan politik yang berlaku di Semenanjung. Tapi memandangkan ramai juga masyarakat Sabah yang menjadikan pergolakan disana sebagai turning point, maka admin draft juga kesannya keatas Melayu selepas PH secara sah menjadi satu organisasi.

Dibawah adalah organisasi PH selepas di mesyuaratkan.

Ketua umum, Pakatan Harapan (PH) jatuh kepada Anwar Ibrahim

Pengerusi PH, Dr M

Presiden PH, Wan Azizah

Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.

Kedudukan diatas diumumkan oleh Dr M selepas bermesyuarat parti gabungan PH yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan PPBM. Tapi tidak pasti pula kalau ada batang tubuh DAP yang hadir.

Kalau kedudukan diatas dinilai atau diamati dengan sebaiknya, maka jelas menunjukkan PPBM aka Melayu PPBM hanyalah alat.

Bagi mengelakkan PH terus didominasi oleh DAP dan kehadiran PPBM membawa makna pada Melayu PPBM dimana tidak lagi menjadi alat demi menjaga kepentingan DAP, seperti yang berlaku pada hari.

Sepatutnya begini, Ketua Umum disandang oleh Dr M. Penasihat, Anwar Ibrahim. Pengerusi, Wan Azizah. Presiden, Muhyiddin. Timbalan Presiden, Mohammed Sabu dan Lim Guan Eng. Tapi sebaliknya meletakkan PKR sebagai Ketua PH serta Presiden dan DAP sebagai Timbalan Presiden . Bererti DAP mendominasi pembangkang atau Pakatan Harapan. Hakikatnya PPBM dalam kedudukan asal itu ibarat gerabak kereta api yang tidak berkemampuan menentukan arah, selain semata-mata untuk menumbangkan BN tapi selepas itu mereka terpaksa mengikut telunjuk DAP.

Kamu nilai balik pentadbiran PH/PR di negeri Selangor, walaupun Menteri Besar Selangor adalah pemimpin Melayu PKR tapi yang berkuasa menentukan pentadbiran kerajaan tempatan ialah DAP terutama dalam urusan pemilikan tanah. Ambil contoh penukaran status tanah, sejak PH memerintah Selangor, dipercayai seluas 619 hektar tanah (Paya Indah Wetland) telah ditukar status dari tanah pertanian kepada komersial. Begitu juga dengan tanah tanah di negeri Perak semasa era Nizar Jamaluddin seluas 1000 ekar tanah telah ditukar hak milik menjadi “aset DAP”.

Jangan lupa penukaran status tanah milik Yayasan Selangor bagi membina dewan budaya Cina DAP walaupun mendapat tentangan awal dari Yayasan Selangor tapi kerana DAP lebih berkuasa ia bukannnya halangan. Akhirnya dewan budaya Cina menjadi kenyataan?

Nah apa lagi dalam keadaan sekarang dimana DAP mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Presiden PH dan PPBM hanya memegang jawatan pengerusi dan Timbalan Presiden yang kedua atau ketiga? bukan kah itu bermaksud PPBM hanyalah kambing hitam untuk menarik pengundi Melayu. 

Bab logo PH tu lantak mereka lah, kerna itu milik pembangkang. 

#BNforSabahan

Warisan Belum Layak Meniru Langkah Sarawak – MA63

Kita tidak hairan dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang memperjuangkan perjanjian 1963 kerana parti BN sudah lama menjadi kerajaan negeri, begitu juga dengan Sabah. Dimana selama ini kerjasama baik diantara kerajaan negeri dan Federal akan mampu merealisasikan apa yang difikirkan perlu oleh Sabah dan Sarawak.

Sebab itulah sebelum kita dikhabarkan dengan tindakan kerajan negeri Sarawak yang menghantar rombongan ke UK bagi mengkaji lebih lanjut perjanjian 1963. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah terlebih dahulu membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji elemen yang mungkin bertentangan diantara Federal dan kuasa negeri berdasarkan perjanjian 1963. Supaya nanti perbezaan itu dapat diturunkan kepada kerajaan Negeri.

Yang menjadi tanda tanya ialah tindakan parti baharu pembangkang Sabah, Warisan sejauh mana mereka mampu mempolitikkan perjanjian 1963. Ini kerana Warisan belum pun mendapat sebarang kemenangan atau mandat dari masyarakat Sabah menerusi PRU dimana perjanjian 1963 dijadikan manifesto. Maksud admin menuntut elemen di dalam perjanjian 1963 tidaklah semudah kiraan 123 tapi rumit dan memakan masa lihat saja kerajaan negeri Sarawak selepas berdekad bersama BN barulah mereka mengorak langkah.

Dan dari satu sudut yang lain, dari sudut mana agenda mereka akan tercapai sedangkan Warisan mustahil mendapat sokongan daripada mana mana pihak termasuklah PH sebagai wakil Federal  (andai pembangkang menjadi kerajaan) ini kerana Warisan sebelum ini menolak kerjasama dengan mereka. Walhal kita sedia maklum PH pun sebelum ini menyokong agenda Borneonisasi walaupun cukup sekadar retorik politik?

Jadi pada masyarakat jangan kamu terpedaya, politik adalah politik. Warisan akan sanggup menjanjikan perkara yang indah indah selama mereka belum berkuasa. Hakikat yang sebenar benarnya parti Warisan belum layak membandingkan diri mereka dengan kerajaan Sarawak.

Sebelum ini Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal memuji langkah kerajan Sarawak, selepas Kerajaan Sarawak merancang untuk menghantar pasukan undang-undang ke United Kingdom (UK) untuk mencari dan mengkaji bahan-bahan sumber yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia oleh UK, ketika itu Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura 1963.

#BNforSabahan

Sah Warisan Tidak Ada Kerjasama Dengan PH, Tapi!

Nah kan sebelum ini admin sudah cakap, Warisan tidak akan berkerjasama dengan PH. Malah Presiden Warisan sendiri siap menyakat kalau ada ahli PH yang mahu atau berani bertanding di Parlimen 189, dipersilakan. Warisan tidak akan takut dan gentar. Hemmm

Jadi pada penyokong Warisan, kamu harus ada rasa malu pada diri sendiri. Selepas ini jangan kamu mengutip cerita politik yang sebelum ini dibawa oleh pemimpin dan jentera PH. Atau kalau kamu masih ahli pada mana mana kompenan PH tapi menyokong Warisan nah keluarlah kamu jangan jadi pengkhianat kepada parti. Seperti contoh si Ismaily Bongsu tu, ahli PKR tapi mengakun diri pakar Warisan 😂

Dengan ini juga pada penyokong PH jangan kamu pandai pandai mengangat Warisan mentang mentanglah ia juga parti pembangkang. Kerja bodoh kok itu.

Padan pun sebelum ini DAP secara terbuka meminta agar 20 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen diberikan pada mereka dengan kerjasama Warisan. Rupanya mereka sengaja ingin menyerlahkan sikap Warisan yang angkuh. DAP agak cerdik.

Semakin hari Warisan semakin keliru, syok sendiri. Dengan ini sahlah Warisan tidak ada kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tapi bagaimana dengan PPBM yang duduk sebumbung dengan PH?

Warisan semakin hari semakin keliru.

#BNforSabahan

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin 

Pembangkang Sabah Bersikap Kritikal Pada Warisan 

Setiap artikel yang menceritakan kewaspadaan Warisan dalam mempertimbangkan pelawaan parti pembangkang termasuklah pembangkang dari Semenanjung untuk berkerjasama.

Maka adalah pihak yang cuba menidakkannya. Berlagak baik sangat, kononnya ia bertujuan untuk melemahkan pembangkang di negeri Sabah. Macam saja Warisan tidak matang dalam berpolitik. Hemmm

Tapi dalam masa yang sama rata rata penyokong USA, tidak cukup tangan memfitnah Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin yang mewakili pilak. Kurang ajar!

Kononnya orang asal aka KDM dilarang menyokong Warisan, nanti kepentingan KDM akan terhakis. Ini kerana kalau Warisan menjadi pemerintah maka pentadbiran negeri akan dikuasai oleh pilak. Sekali lagi, kurang ajar!

Adakah perbuatan yang tidak bertamadun itu direstui oleh pemimpin tertinggi USA, yakni berselindung di sebalik kebodohan penyokong USA itu sendiri. Dengan harapan Warisan akan ditolak oleh masyarakat dan akhirnya terpaksa berkerjasama dengan USA?

Lagi dahsyat penyokong tegar USA giat mencanang kata mereka Warisan adalah parti yang ditaja oleh UMNO. Itu bererti kalau orang Sabah menyokong Warisan samalah ertinya mereka menyokong untuk mengekalkan UMNO di negeri Sabah. Wah, sungguh kah. Alahai.

Kerja orang bukit yang bodoh. Jangan malu malu atau buat tidak tahu, baru baru ini STAR bertanding di PRK Tanjung Datu, Sarawak dan calon STAR kalah teruk hingga hilang wang pertaruhan. Hemmmm

Hampir sama ceritanya dengan DAP. Sebelum ini pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, mengakui perjuangan Warisan sebab kononnya memperjuangkan nasib Sabahan dan tidak keberatan untuk berkerjasama.

Tapi cukup sekadar pengakuan yang bersifat retorik. Hakikatnya sehingga hari ini DAP Sabah tidak pernah mempelawa Warisan sebagai rakan seperjuangan atau paling tidak menjemput pemimpin Warisan sebagai tetamu kehormat di Majlis politik yang mereka anjurkan.

Perhatikan saja kritikan kritikan pedas ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP Steven Wong keatas Warisan. Sentiasa lantang merendahkan keikhlasan Warisan.

Sewajarnya sewaktu DAP meraikan kejayaan mereka menyiapkan bekalan air graviti di daerah Keningau baru baru ini, mereka menjemput pemimpin Warisan sebagai tetamu kehormat. Agar Warisan turut dilihat sebagai parti yang mampu membela nasib masyarakat Keningau sekaligus mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri Sabah, tapi tidak. Kenapa kah? Masih berdendam pada Junz Wong yang menyertai Warisan kah?

Tengok, semasa awal pengenalan parti Warisan di kawasan Tawau. Yb DUN Sri Tanjung, Foong Hin Chan selaku wakili DAP dijemput dan diberikan peluang untuk berucap. Ini baru betul, bukti kesungguhan Warisan ingin menumbangkan BN pada PRU yang akan datang. Cakap serupa bikin!

Sama halnya dengan pemimpin dan jentera PKR Sabah. Mereka sedar dan tahu sejak kemunculan Warisan di persada politik Sabah, Warisan telah menjadi pilihan orang Sabah. Tapi tidak pernah kita mendengar pujian atau pengakuan yang mengiktiraf kewibawaan Warisan sebagai pembangkang tempatan di negeri Sabah. Kenapa kah?

Malah tidak keterlaluan kalau admin katakan, masih ramai dari kalangan pemimpin dan penyokong PKR aka PH yang fobia dengan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai musuh seteru memandangkan Warisan dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO.

Jangan buat buat lupa, kalau perjuangan PKR boleh diterima oleh masyarakat Sabah, tidaklah Datuk Lajim Ukin keluar dan menubuhkan parti Harapan Rakyat. Sehingga Datuk Lajim Ukin berani mengkritik pedas kemampuan Datuk Seri Shafie Apdal melalui tiket Gabungan. Kononnya mustahil bagi Warisan menewaskan BN, memandangkan BN adalah parti yang kuat tapi Warisan tidak mahu berkerjasama dengan Gabungan (USA)

Sedarlah dan terimalah hakikat hanya kerjasama yang diketuai oleh Warisan yang mampu menumbangkan BN pada PRU yang akan datang. Seperti mana artikel sebelum ini, Warisan mampu menang tanpa Gabungan.
Kesimpulannya bermula dari saat ini, Warisan wajib diberikan kepercayaan bagi mengetuai pembangkang di negeri Sabah.

Sekaligus Warisan sebagai induk yang menentukan kawasan mana yang boleh dipertandingkan oleh parti gabungan dan parti pembangkang dari Semenanjung.

Amat tidak wajar kalau ada parti-parti dari Gabungan USA atau Pakatan Harapan mendesak Parti Warisan untuk membuat keputusan samada mahu bergabung atau tidak dengan mereka. Sebaliknya, Parti Warisan lah yg selayaknya memberi ultimatum kpd Gabungan USA dan PH agar mereka akur kepada kepimpinan Parti Warisan sebagai Tunggak Gabungan Pembangkang di Sabah dalam berdepan Umno/BN di PRU14 yang mendatang.

Barulah ada cerita, dimana BN akan ditumbang di PRU yang akan datang. Titik