Kerjasama Darell Leiking dan Dr Jeffrey

Sebelum ini hanya kerana gambar, Warisan dengan mudah membuat tuduhan kononnya STAR dan BN ada hubungan politik. Sebab itulah STAR tidak boleh diberikan sokongan atau diundi pada PRU yang akan datang.

Gambar yang dimaksudkan oleh Warisan ialah gambar Datuk Anifah Aman bersama Dr Jeffrey dan lain lain. Hinggakan pada masa itu, admin pun turut terpedaya/tertipu.

Tapi bagaimana dengan gambar ini Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking bersama Presiden STAR, Dr Jeffrey apa tuduhan yang sesuai untuk mereka?

Admin ada pandangan yang tersendiri selain dari konteks kepartian diantara STAR dan Gabungan. Itu perebutan mendapatkan jawatan tertinggi di dalam Warisan (cukup setakat itu nanti tidak pasal pasal akan membuka mata pihak tertentu lalu menyokong pembangkang walaupun dalam masa yang sama akan melopongkan pihak atau kaum tertentu dari pantai timur Sabah iaitu kaum Bajau Suluk)

Berdasarkan gambar ini apa tuduhan yang paling sesuai untuk mereka. Khususnya pada Timbalan Presiden Warisan, pembelot?

#BNforSabahan

Advertisements

Selepas Artikel dan Pendedahan Dr Jeffrey Kini Warisan Flip Flop 

Selepas Dr Jeffrey mendedahkan adanya hubungan politik di antara Warisan dan PPBM sebagai parti dari Semenanjung. Dan beberapa artikel yang mendedahkan hal yang sama, maka kini nada politik Warisan terus berubah. Klik link ini, Warisan perlu lebih bertanggungjawab dan Janji janji Warisan untuk orang Sabah 

Kerana itu Warisan melalui Naib Presidennya, Junz Wong yang dipaparkan melalui akhbar tempatan Sabah mengakui bahawa Warisan perlu ada hubungan yang baik dengan parti parti daripada Semenanjung atau Federal, supaya nanti memudahkan mereka membuat tuntutan berhubung hak hak Sabah. (Cepatnya berubah, rupanya hujan politik mereka selama ini, cakap dulu baru fikir)

Tapi kenapa kenyataan Naib Presiden Warisan itu bertentangan dengan ketegasan Presiden Warisan dimana Warisan berkeras tidak akan menjalinkan hubungan politik dengan parti parti daripada Semenanjung. Seperti mana artikel ini sila klik  Alasan kenapa Warisan tidak mahu berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung

Ini juga membuktikan pendekatan yang dipraktikkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dalam menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963 adalah yang terbaik dan berkesan. Klik link ini, Musa ajak duduk semeja bagi membincangkan tuntutan 1963

Kesimpulannya menyedari sambutan masyarakat keatas Warisan semakin hari semakin hambar memaksa Warisan menjadi parti yang Flip Flop. Tapi boleh pakai kah parti yang baru berumur setahun jagung tapi sudah kenampakan ciri ciri parti yang tidak bertanggungjawab atau tidak  mampu menunaikan janji mereka?

Pembaca nampak tak, akhirnya usaha Warisan mempermainkan keintelektualan orang orang Sabah tidak menjadi dan terbukti pentadbiran BN dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman di dalam memartabatkan perkara di dalam perjanjian 1963 adalah benar dan tanpa Warisan sedari, mereka mengakui kemampuan BN. 

#BNforSabahan #UMNOBN 

Perjuangan STAR Lebih Benar Berbanding Warisan 

Kenapa perjuangan STAR terbukti benar atau ikhlas berbanding parti Warisan  di dalam memperjuangkan nasib orang orang Sabah melalui slogan Sabah For Sabahan. 

Ini kerana Dr Jeffrey selaku pemimpin utama STAR ada hubungan politik dengan individu yang lantang menuntut autonomi iaitu si Doris Jones berbanding Datuk Shafie Apdal selaku Presiden parti Warisan, langsung tidak ada hubungan politik. Malah dipercayai bersekongkol dengan parti  PPBM aka Bersatu yang berasal dari Semenanjung. 

Jadi dakwaan sebelum ini kononnya STAR adalah rakan politik BN (parti dari Semenanjung) adalah tidak atau kurang benar. Tapi sebaliknya parti Warisan.

#BNforSabahan #UMNOBN

Ahli PCS Menolak Warisan

Penyokong Warisan ingat, bila kepimpinan mereka berjaya memperdaya Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Willfred Bumburing agar mengkhianati perjuangan parti parti komponen di dalam Gabungan (USA). Maka dengan sendirinya kekuatan Warisan akan bertambah. 

PCS keluar Gabungan dan sikap Warisan

Nah jangan kamu silap, tidak semua ahli PCS setia kepada Presiden PCS, Willfred Bumburing. Sebaliknya kebanyakan ahli PCS hanya setia kepada perjuangan parti dan kerjasama sebelum ini.

Berdasarkan foto diatas walaupun dia ahli PCS tapi dia menyokong Gabungan aka STAR.

Ertinya perkembangan ini telah merugikan parti Warisan atau PCS itu sendiri. Malah telah memangkinkan kekuatan STAR sebagai parti pilihan kaum KDM.

Benarlah telaan beberapa pihak, Warisan tidak diterima oleh majoriti KDM sebab itu mana mana parti yang berkerjasama dengan Warisan akan menerima kesan yang negatif?

#BNforsabahan

PCS Keluar Gabungan dan Sikap Warisan


Gaya penyokong Warisan kalau ada pihak yang mempersoal keterlibatan mereka di dalam parti Warisan. Mereka akan memberikan alasan yang cukup skema, iaitu negara ini negara demokrasi sebagai rakyat mereka bebas membuat pilihan.  

Tapi sebaliknya kalau ada masyarakat yang tidak lagi menyokong atau menolak parti Warisan teruslah mereka labelkan sebagai pengkhianat dan sebagainya. Begitulah sikap cakap tidak serupa bikin.

Sekarang mari kita ikuti  perkembangan terbaru politik Sabah. Dikhabarkan PCS sebagai salah satu parti komponen USA telah membuat keputusan muktamad, dimana mereka keluar dari kompenen USA. Tindakan PCS ini kalau kita rujuk balik pendapat kebanyakan penyokong Warisan bolehlah kita umpamakan sebagai pengkhianat. 

Pun begitu, mari kita nanti saksikan reaksi penyokong Warisan andai selepas ini PCS bergabung dengan Warisan. Nanti apa agaknya cacian yang akan diberikan pada pemimpin utama  PCS, Wilfred Bumburing.

Menurut sumber alasan PCS keluar dari Gabungan (USA) kerana kononnya tidak lagi percaya dengan kemampuan parti parti yang ada didalam Gabungan, seperti STAR. Komponen parti parti ini tidak ada kerjasama dan perpaduan yang diharapkan.

Untuk nota seperti yang kita tahu, Warisan ada hubungan politik dengan parti Bersatu dan kalau selepas ini PCS akan berkerjasama dengan Warisan bererti PCS cakap tidak serupa bikin seperti juga parti Warisan, memandangkan sebelum ini, PCS lantang memperjuangkan nasib orang-orang Sabah melalui kononnya parti tempatan tanpa campur tangan parti parti dari Semenanjung. Bagaimana pula dengan ahli PCS?

Politik pembangkang Sabah semakin kelaut. 

#BNforsabahan

Apa Misi dan Visi Warisan?

Admin percaya sehingga pagi ini masih ramai penyokong​ Warisan yang belum tahu visi dan misi parti Warisan sekaligus untuk visi untuk diri mereka selaku pendukung parti. Tapi yang menghairankan suara atau desakan mereka cukup lancang mempertahankan Warisan, seolah olah sudah ada dasar jelas yang diperjuangkan.

Sebenarnya siapa dan apa yang mereka perjuangkan. Parti Warisan sebagai organisasi yang mewakili masyarakat Sabah kah atau memperjuangkan nasib individu yang ada dalam kepimpinan Warisan semata-mata?

Bagaimana pula andai perjuangan Warisan ada persamaan dengan perjuangan atau agend parti STAR yang sinonim dengan perjanjian 20. Masih relevan kah keterlibatan kaum KDM dalam perjuangan parti Warisan?

Kalau ada yang bertanya pada admin, ia tidak lagi relevan ibarat berlindung dalam rumah yang sama tapi bilik lain lain.

Tapi kalau mereka sudah muak dengan perjuangan STAR kerana itulah​ mereka memihak Warisan maka adalah lebih baik mereka bangkit menyokong perjuangan BN Sabah yang diketuai Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah. Kerana kerajaan negeri dibawah kepimpinan beliau sedang memartabatkan perjanjian 1963 dengan cara yang lebih harmonis dan dijamin akan mendapat kejayaan.

KM Musa Ajak Duduk Semeja MA63

Siapapun parti daripada Sabah yang berminat memartabatkan perjanjian 1963. Mereka tidak boleh membelakangkan pindaan undang undang yang telah mengikat perjanjian itu sendiri, akibat kealpaan kepimpinan yang terdahulu. Kerana itu ia bukannya kerja yang mudah seperti mana dakwaan pihak pembangkang. Kononnya untuk mempraktikkan 20 perkara selaku Ketua Menteri Sabah beliau hanya perlu mengusulkanya di sidang dewan undangan negeri dengan demikian Federal tidak ada jalan lain, selain akur berdasarkan kehendak kerajaan negeri. Hakikat tidak begini mudah dan bukan kerja yang senang.

Adalah satu kebadutan andai selepas ini kaum KDM terus kekal bersama parti pembangkang, terutamanya parti Warisan. Maklum lorong telah disediakan tapi tidak digunakan. Apa barang mahu berpolitik sampai bila?

#BNforsabahan 

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin