Menyapa dan Menyantuni Rakyat, Ariffin Arif – PAU2017

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Wakil UMNO Sabah, Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif menarik perwakilan dengan mendendangkan sebahagian lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat dalam menceritakan tumpuan kerajaan hari ini terhadap kebajikan rakyat Sabah.

Menurut beliau senikata lagu berkenaan; ‘memang aku ini, anak orang miskin tiada pelajaran’… Alhamdulillah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2018 telah memperuntukkan RM1 bilion untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sabah dalam usaha membantu pendidikan kerana dengan adanya pendidikan tidak adalah seperti senikata lagu berkenaan.

“Senikata kedua; ‘tiada keretaku bawamu jalan-jalan, rumah pun tiada yang ada bapa punya’… Hari ini juga Alhamdulillah jalan Pan Borneo yang besar nilainya kepada kita. Jadi jurang yang disebut oleh Perdana Menteri berhubung dengan merapatkan jurang ada dalam lagu Jimmy Palikat. Insya-Allah, Perdana Menteri telah memberi jaminan Sabah dan Sarawak serta semenanjung akan sepadan.

“Membangun soal pendidikan adalah satu jihad, membangun ekonomi adalah satu jihad, membasmi kemiskinan satu jihad menegakkan dan mendaulatkan agama adalah satu jihad…UMNO telah berjalan dalam landasan jihad jadi memastikan kita menang dalam pilihan raya juga adalah satu jihad,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berkata saranan Presiden parti agar pimpinan UMNO mendengar denyut nadi rakyat perlu dihayati dan diperhalusi secara teliti dan mendalam agar maksudnya sampai.

“Kenapa Datuk Seri Najib tidak sebut dengar suara nyaring rakyat… kenapa presiden tidak sebut dengar suara lantang rakyat sebaliknya beliau menyebut dengar denyut nadi rakyat. Cuba perwakilan perhatikan bagaimana doktor mendengar denyut nadi orang sakit… bukankah dengan mendekati… dengan menyapanya serta menyantuni sebaik mungkin. Jadi kita perlu ambil pendekatan itu… dekat dengan rakyat… akrab dengan rakyat dan ini resepi apa yang dinyatakan oleh presiden,” katanya.

Sumber UMNO

Advertisements

Kehadiran Luar Biasa PAU2017 Bukti Keutuhan UMNO

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kehadiran luar biasa jumlah pengunjung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 sejak Selasa lalu mematahkan hujah dan tuduhan pihak yang mahu memusnahkan UMNO sejak dua tahun lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan perhimpunan kali ini juga menjadi bukti segala kerja keras kepimpinan untuk memastikan UMNO kekal utuh sejak dua tahun lalu turut berhasil.

“Saya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu mesti menerima hakikat dengan tindakan-tindakan pihak tertentu dan tuduhan-tuduhan mereka yang tidak mahu melihat UMNO ini kuat.

“Inilah persepsi yang mereka ingin wujudkan di luar sana. Kita jawab macam mana pun persepsi itu akan berputar dan diulangi. Jadi cara nak mematahkan hujah mereka ialah dengan menunjukkan sendiri bahawa UMNO ini masih lagi dapat sokongan majoriti ahli kita. Ini terbukti dalam perhimpunan kita kali ini,” kata Hishammuddin dalam Sembang Online di Utusan Online hari ini.

Sementara itu, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usul Hishammuddin berkata, beliau gembira dengan perbahasan yang dilakukan oleh pembahas.

“Maka bila jurucakap-jurucakap hari ini selesai usul dasar, saya sebagai pengerusi jawatankuasa usul ini begitu lega kerana perhimpunan kali ini cukup penting. Merupakan perhimpunan akhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita nak tunjukan kepada orang ramai apa juga perkara yang dilontarkan kepada kita, apa juga perancangan nak melaga-lagakan kita memecah-belahkan kita, akhirnya parti keramat UMNO ini tetap bersatu. Ini dapat saya tengok dalam perhimpunan ini,” kata HIshammuddin.-

Sumber UTUSAN ONLINE

Ramlee Marahaban dan Ayam Hutan – PAU2017

1. Menarik hujah dari wakil Sabah ni ya, YB DUN Bugaya, Ramlee Marahaban. Hujahnya agak sinikal tapi itulah realitinya.

2. Sedikit sebanyak berkisar soal parti pembangkang yang beliau ibaratkan seperti ayam kampung, ayam hutan serta ayam serama yang tampak cantik tapi pada hakikatnya tidak berkemampuan. Berbanding ayam Texas yang terkenal dengan kekuatannya.

3. Beliau juga membayangkan cacian, kejian pembangkang terhadap pemimpin dan jentera BN, ibarat anjing menyalak bukit. Tidak pun meruntuhkan atau mematikan malah sebaliknya BN kenyang oleh pujian dari kejayaan BN.

4. Turut menjadi fakta adalah penderhakaan mantan Naib Presiden UMNO atau Menteri KKLW kepada Presiden UMNO yang sepatutnya yang tidak berlaku. Memandangkan sebelum ini bukan siapa siapa sebelum diangkat menjadi Menteri. Selain gagal memikul tanggungjawabnya sebagai Menteri KKLW hingga menyebabkan negeri Sabah menjadi korban pembangunan.

5. Dalam masa yang sama wakil daripada Sabah ini juga menyokong usul dari pergerakan sayap bahawa jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Mari kita dengarkan ucapan atau hujah wakil dari Sabah ini.

Bila Muhyiddin Merendahkan Martabat Anina

Sepatutnya Muhyiddin tidak boleh mengaibkan Anina sampai begitu rupa memandangkan Anina itupun bukannya siapa siapa setakat ahli biasa PPBM.

Sebelum ini Muhyiddin ketika ditanya oleh Wartawan berhubung tindakan Anina meninggalkan Parti PPBM aka Bersatu. Muhyiddin menjawab, kerana Anina tidak ada kerja dan wang. Anina ada masalah peribadi.

Sedangkan si Anina adalah antara individu yang terlibat dalam penubuhan PPBM dalam erti kata lain dia juga berjasa pada Muhyiddin selaku pemimpin PPBM itu sendiri. Dan kalau sudah Muhyiddin tahu masalah Anina, kenapa kepimpinan PPBM tidak memberikannya kedudukan atau kerja, apa lagi dia juga bermanfaat kepada parti?

Kalau seorang pun, Muhyiddin atau kepimpinan PPBM tidak mampu menjaganya. Apa lagi menjaga rakyat Malaysia?

Dulu semasa Muhyiddin Yassin bersama UMNO, admin ada mendengar berita dari ahli UMNO Sabah. Mereka kata Muhyiddin ni sememangnya pemimpin yang sombong bodoh, tidak menguntungkan. Muhyiddin ni spesis Melayu bila kecewa menjadi bodoh, Melayu yang tidak reti diuntung, perasan bangsawan dan warak, walhal kantoi juga dengan isteri orang.

Dia lupa pihak yang paling layak dijatuhkan martabatnya ialah pemimpin seperti dia. Dimana rakyat telah memberikan kedudukan hingga menjadi Menteri tapi tidak pandai menghargainya.

Oleh itu kamu sebagai ahli UMNO, bersyukur kamu pada PM Najib Razak sebab membuang pemimpin seperti Muhyiddin dan sekutunya dari parti UMNO.

Kerana itu dari konteks masyarakat Sabah pula, kamu buang juga parti Warisan itu jauh jauh, kerana Warisan adalah sekutu Muhyiddin di Sabah. Mereka ada persamaan sikap yang negatif, suka mengaibkan dan mengungkit pemberian. Lepas itu lempar batu sembunyi tangan.

Cukuplah mereka berdua menjadi mangsa percaturan politik Dr M. Sebelum ini mereka bersekongkol menjatuhkan PM Najib Razak dengan harapan akan diberikan peluang untuk menduduki jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tapi malangnya penderhakaan mereka tidak berjaya aka kantoi, isu 1MDB yang mereka jadikan modal tidak menjadi. Kesian, dasar penderhaka.

Malah sebaliknya hari ini Dr M pula yang disiasat melalui RCI Forex. Aktiviti Forex telah menyebabkan negara mengalami kerugian yang berbilion mencecah RM3.0283 bilion dari tempoh 1988 sehingga 1989.

Melucukan ketika Dr M dan sekutunya ditanya oleh panel penyiasat, mereka memberikan jawapan yang tidak masuk akal, bahawa mereka tidak tahu adanya urusniaga Forex. Adakah patut seorang Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan tidak tahu apa yang berlaku pada Bank Negara Malaysia. 😁

Biarkanlah mereka hilang dari politik Malaysia. Mereka bukannya pemimpin pembangkang yang konsisten dalam perjuangan tapi kemaruk ingin berada di atas takhta.

#BNforSabahan

Dr M Cuba Merosakkan UMNO Dari Dalam – TPM Zahid

Ada saja pihak yang cuba membunuh UMNO dari dalam termasuklah dari individu yang pernah memimpin UMNO.

Terbaru Dr M mendakwa TPM Zahid pernah berjumpa dengannya bagi mendapatkan sokongan sekaligus jawatan Perdana Menteri Malaysia dari Najib Razak sejurus dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dakwaan yang tidak logik, baru kena lantik dah nak lawan tauke? Zahid tu antara pemimpin yang paling berpengalaman dikalangan pemimpin politik yang ada di Malaysia.

Sebenarnya Dr M berpendapat kalau sudah TPM Zahid sangup mendedahkan keperibadiannya, maka tidak ada sebab kenapa Dr M tidak sanggup melakukan hal yang sama, sekalipun terpaksa membuat kenyataan yang tidak benar atau fitnah.

Dengan harapan akan berlaku salah faham diantara TPM Zahid dan PM Najib Razak.

Pada admin tindak balas yang ditunjukkan oleh Dr M adalah tindakan yang terdesak. Namanya juga pembangkang, apa pun mereka sanggup lakukan yang penting UMNO tidak lagi diterima oleh orang Melayu.

Sebelum ini TPM Zahid ada mendedahkan nasab Dr M yang berasal dari negara luar. Tidak menghina pun, hanya memaklumkan kepada ahli UMNO siapa Dr M dan UMNO dari konteks biologi. Memandangkan UMNO adalah parti keramat majoriti kaum Melayu. Dan kononnya TPM Zahid menghina Dr M seperti yang dicanang oleh jentera pembangkang adalah tidak benar, cerita asal sengaja di besar besarkan. Walhal apa masalahnya kalau memang benar, Mahathir a/l Iskandar Kutty.

Nasab admin juga menggunakan pengenalan anak dan bukannya bin. Luin anak Lansang, sekarang Jalin bin Luin. Tak ada masalah pun.

Apa lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri sememangnya “Mahathir a/l Iskandar Kutty” yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah benar. Hakikat ini boleh dirujuk semula sama ada melalui Jabatan Pendaftaran Negara atau rekod pendaftaran masuk Dr M ke University.

Cakap banyak tidak ada guna, oleh itu mari kita cabar pihak Dr M agar mendedahkan bukti pertemuan mereka. 😎

#BNforSabahan

Syed Saddiq Buat Laporan Polis Keatas PM Najib Razak? 

Kerana Syed Saddiq (PPBM) sangat percaya dengan apa pun yang dilaporkan oleh Sarawak Report, seperti laporan terbaru kononnya Tan Sri Shafee Abdullah telah menerima wang sebanyak 9.5 juta dari PM Najib Razak. Maka tanpa berfikir panjang dia membuat laporan Polis terhadap Presiden UMNO. 

Ini kerana menurut Syed Saddiq, sebelum ini Tan Sri Shafie Abdullah adalah peguam  pilihan yang ditugaskan untuk mendakwa Datuk Anwar Ibrahim hingga berjaya disabitkan sebagai pesalah atau peliwat. 

Admin mahu tanya, adakah perbuatan itu salah di sisi undang undang? Lainlah kalau Tan Sri Shafee Abdullah itu seorang Hakim dan bukan kah selama ini setiap peguam menerima sejumlah bayaran dari pelanggannya. 

Kerana percanggahan diatas lah kot, kenapa portal FMT menarik balik artikel mereka yang bertajuk Syed Saddiq membuat laporan polis mengenai 9.5 juta. Sebab risau kalau mendapat cemuhan dari natizen sebagai editor Tiong ya? 🙃

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Cawangan UMNO Balimbang Gesa Presiden Warisan Bersuara – Gambar Kiram 

Seperti yang admin sebutkan sebelum ini, adalah tidak logik, orang lain punya masalah tapi orang lain yang beriya iya. Sedangkan isu yang dibangkitkan memerlukan tuntutan penjelasan dari empunya diri. Apa lagi individu yang mengambil peranan itu adalah individu yang sebelum ini mengkritik pedas keterlibatan Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal rentetan insiden pencerobohan di Lahad Datu yakni Darell Leiking yang juga merujuk gambar yang sama sebagai modal politik. Hemmm

Sebelum ini Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking membidas persoalan yang dibawa oleh Datuk Ainal Abdul Fattah. Berkenaan gambar yang melibatkan Datuk Shafie Apdal bersama Esmail Kiram III. Dimana Darell Leiking hanya melihatnya dari konteks gambar, siapa dan dimana majlis itu berlangsung. Lepas itu dia mempertahankan hujahnya dengan membuat persoalan, kalau benarlah Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal ada sebarang hubungan dengan Kesultanan Kiram, kenapa konok tidak ada siasatan yang juga akan melibatkan PM Najib Razak selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu. Kerna Datuk Najib Razak juga ada bergambar dengan Esmail Kiram. 

Darell Leiking kena faham gambar itu dirakam sebelum tercetus insiden pencerobohan di Lahad Datu dan belum ada agenda Sabah Ubah yang diperkenalkan oleh Warisan. 

Sedangkan yang ingin diketahui oleh masyarakat ialah apa hubung kaitnya slogan Sabah ubah yang dibawa oleh parti Warisa dan gambar Presiden Warisan bersama Kesultanan Kiram memandangkan pada tahun 2013 telah berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang di dalangi oleh Kesultanan Kiram, berniat untuk menuntut sebahagian negeri Sabah.

Kerna itu Ketua Cawangan UMNO Balimbang, Datuk Ainal Abdul Fattah tampil buat kali yang kedua, menuntut penjelasan dari isu sama. Kerana jawapan Darell Leiking itu kalau ibarat ubat tidak mujarab.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Balimbang, Semporna juga abang kepada Biro Penerangan Warisan Semporna, Datuk Hisham Abdul Fattah memohon pencerahan dari empunya diri atau Presiden Warisan?