Program Jelajah USBO – Batu Sapi 

Wah hari ini USBO, Pandikar Amin  berada di Batu Sapi, Sandakan bagi menjalankan program perhimpunan bersama rakyat atau  jelajah USBO. 

Disahkan jumlah kehadiran cukup mengujakan mencecah 20 ribu orang. Berbanding jelajah yang dianjurkan oleh parti  Warisan sebelum ini. Orang kata macam langit dengan bumi. 

Untuk makluman program jelajah USBO bermula di daerah Kudat. Disana USBO juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat. Klik link dibawah, 

Kekuatan Warisan terus dicabar

USBO adalah NGO yang pro BN. 

#BNforSabahan #UMNOBN 


Kekuatan Warisan Terus Dicabar Oleh Gabungan 

Admin ingat selepas Warisan menganjurkan program jelajah ke pelusuk negeri Sabah. Maka tidak ada sudah peluang bagi parti pembangkang yang lain untuk bertapak. Semuanya dibolot oleh Warisan.

Ternyata tidak, kekuatan yang diwar warkan hanyalah propaganda semata-mata. Supaya masyarakat Sabah menyimpan keyakinan sekaligus menyertai Warisan.

Sebelum ini kita tahu, NGO USBO megah dengan kehadiran masyarakat yang begitu ramai di Daerah Kudat. Sempena majlis jelajah USBO yang diadakan pada 06hb Jun 2017.

Sampai ada dikalangan penyokong Warisan yang tidak percaya dengan jumlah kehadiran.

Pagi ini, kekuatan Warisan dicabar lagi oleh juga parti tempatan aka Gabungan sempena perasmian Parti Harapan Rakyat Sabah di Kota Marudu.

Wah kalau kita nilai berdasarkan gambar yang dimuat turun oleh jentera Gabungan itu. Kehadirannya cukup ramai, jelas mampu menggugat kekuatan Warisan.

Hakikatnya Warisan masih belum mampu meraih kepercayaan masyarakat Sabah, terimalah hakikat. Dan program jelajah yang mereka anjurkan tidak mendatangkan kesan? 

#BNforSabahan #UMNOBN 

Kenapa Warisan Mempertikai Keberadaan USBO.

Warisan kata, usai Warisan menjelajah ke seluruh Sabah. USBO pula yang menjelajah sedangkan USBO bukannya parti politik. Itu menunjukkan kononnya BN sudah tergugat. Hemmm

Begitu juga dengan kenyataan akhbar dari Ketua Penerangan Wira Sabah (Warisan) berkata, pengumuman Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk kembali dalam arena politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini melalui platform *United Sabah Bumis Organisation* (USBO) akan menyebabkan masyarakat di Sabah akan terus berpecah-belah.

Kenapa pula pengaruh USBO mendatangkan masalah kepada Warisan. USBO adalah NGO tapi kalau ia boleh mengukuhkan politik BN melalui penyatuan bangsa kerana USBO adalah persatuan yang menjurus kepada bangsa dan Presiden USBO diterima oleh masyarakat Sabah. Why not, kenapa USBO tidak melakukannya?

Bagaimana pula dengan NGO yang diketuai oleh Jufazli (GAMSS) Siang malam membangkang benda yang mereka sendiri tidak jelas atau perkara itu telah dijelaskan tapi sengaja diungkit, bertujuan untuk mengelirukan masyarakat dan umum tahu, Jufazli (GAMSS)dan parti Warisan ada hubungan politik? Tapi tidak ia menjadi masalah besar kepada BN.

Jadi siapa sebenarnya yang tergugat ni?

Mana yang sesuai NGO kah atau parti politik yang lebih sesuai membawa kepada penyatuan bangsa?

Politik Warisan ingat, masyarakat Sabah ni tidak tahu menilai sesuatu perkara. Mereka ingat, masyarakat Sabah ni suka sangat dengan politik pembangkang terutamanya Warisan. Kerana itu Warisan kerap mengeluarkan kenyataan kenyataan yang kadang kadang, tidak wajar untuk diketengahkan. Seperti mana sekarang.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan