Penafian Jentera Rasmi Warisan Menunjukkan Mereka Bersalah – Skandal KKLW

Kamu terbaca kah pendapat yang cukup retorik dari Ketua Wirawati Warisan dan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah berhubung skandal KKLW yang memalitkan mereka selain kononnya amanat dari Ketua Penerangan Warisan yang mengaitkan penangkapan SPRM itu dengan sejarah silam Sabah? Walhal pemimpin terdahulu yang mereka kaitkan itu sikit pun tidak terlibat dengan aktiviti penyelewengan tapi lebih dalam proses peralihan kuasa diperingkat negeri Sabah pada ketika itu.

Rumusan yang kita boleh ambil dari tiga jentera Warisan itu ialah kononnya tangkapan atau siasatan ke atas Warisan adalah bermotifkan politik semata-mata. Wow dakwaan yang tidak masuk akal sebaliknya kenyataan mereka itulah yang benar benar berbau politik.

Mereka sikit pun tidak melihat tindakan SPRM itu sebagai tindakan yang terpuji dan perlu diteruskan demi kebaikan masyarakat Sabah secara keseluruhannya. Dimana tindakan sama perlu diambil keatas mana mana pemimpin politik yang disyaki terlibat dengan aktiviti penyelewengan tanpa mengira fahaman politik.

Tapi sebaliknya melihat penahaan reman keatas Naib Presiden Warisan, Peter Anthony dan Ketua Wira, Aziz Jamman sebagai strategi politik BN untuk menjatuhkan Warisan. Lucu, sedangkan semasa skandal JANS dibongkar merekalah yang paling bersemangat memuji ketegasan SPRM sekaligus mengeji kepimpinan BN Sabah. Walaupun akhirnya mereka tahu skandal JANS itu juga melibatkan peruntukan dari Kementerian KKLW yang pada masa itu diterajui oleh kini Presiden Warisan. Tapi sehingga hari ini mereka sengaja melibatkan Ketua Menteri Sabah. Walhal individu yang bertanggungjawab keatas skandal JANS itu telah pun dihadapkan ke Mahkamah untuk diadili. Kini individu itu berada diluar selepas membayar wang jaminan dan geran tanah sebagai cagaran.

Hakikatnya sikit pun BN tidak terlibat dalam pembongkaran keatas skandal KKLW. Memandangkan Sabah masih menjadi kubo kuat kepada BN. Jadi untuk mengheret Warisan sejauh ini ia adalah kerja yang sia sia, buang masa.

Pun begitu suka admin mempersoalkannya :-

Kalau benar Warisan tidak terlibat dalam aktiviti rasuah atau tidak bersalah maka dari sudut mana pula tindakan SPRM itu akan menjejaskan Warisan. Bukan kah masyarakat ini terlalu bijaksana untuk dimanipulasi. Kenapa tidak saja berpegang pada prinsip, benar tetap benar. Tapi benarkah Warisan tidak terlibat, bukan kah kekayaan segera kroni dan kerabat boleh dijadikan bukti bodoh yang paling asas?

Sejauh mana Ketua Ketua sayap Warisan atau jentera Warisan dan beberapa pemimpin utama Warisan mengetahui secara mendalam kredibiliti Shafie, Peter Anthony dan Aziz. Sedangkan penyelewengan itu berlaku semasa Shafie duduk sebagai Menteri KKLW yakni semasa mereka bersama BN dan tiada seorang pun umat di Malaysia ini termasuklah Darell, Junz Wong dan Terence yang terfikir akan ada parti yang bernama Warisan?

Ada dua persoalan seperti mana diatas, mohon pada politik Warisan untuk menafikannya atau berdiam dan itu menunjukkan penafian sebelum ini adalah sebenarnya pengakuan bersalah.

Baru baru ini masyarakat Sabah dikejutkan apabila SPRM berjaya membongkar penyelewengan peruntukan di Kementerian KKLW yang mencecah RM1.5 bilion. Diketahui peruntukan itu digunakan untuk menyediakan prasarana bagi kemudahan masyarakat luar bandar seperti jalan, letrik serta bekalan air bersih dan sebagainya.

Rentetan pembongkaran itu SPRM telah berjaya menyita wang sebanyak RM179 juta sama ada dalam bentuk tunai atau simpanan bank yang melibatkan 15 lokasi di seluruh Sabah dan siasatan lebih lanjut masih berjalan dan tidak mustahil akan ada tangkapan baharu bagi membantu siasatan.

#BNforSabahan

Advertisements

Majlis Warisan Tenom Petanda Warisan Bakal Berakhir

Sebelum ini ramai masyarakat politik yang ingin tahu tahap sambutan ke atas Majlis Warisan bersama masyarakat Melalap, Tenom yang sengaja dianjurkan oleh Presiden Warisan, Shafie. Sejurus Naib Presidennya dicekup oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan wang rakyat. (Majlis ini juga admin kenali sebagai Majlis melarikan diri ke Sabah)

(SPRM mendakwa jumlah keseluruhan dana dari KKLW yang telah diseleweng hingga membawa kepada penangkapan Naib Presiden Warisan ialah mencecah RM1.5 bilion)

Dimana tahap kehadiran pada majlis itu nanti boleh dijadikan kayu ukur kepada kekuatan Warisan. Apa lagi ada yang berpendapat, penangkapan Naib Presiden Warisan, Peter Anthony telah memperkuatkan Warisan.

Nah ternyata sangkaan mereka jauh menyimpang, kehadiran di majlis itu tidak menepati angka yang kita sasarkan iaitu lebih dari lima ribu orang. Sebaliknya majlis itu hanya mampu menarik seramai dua atau tiga ribu orang?. Walhal Si Peter Anthony bermastautin di daerah Tenom yang juga berjawatan Presiden KDM Malaysia dan telah direman yang sepatutnya mampu membangkitkan semangat juang dikalangan ahli Warisan.

Malah kalau merujuk pada komen Facebookers, yang hadir pada majlis itu adalah penyokong totok Warisan dari luar daerah Tenom. Mereka dibawa menggunakan enam bas dan setiap bas membawa muatan sebanyak 68 orang. Lepas itu mereka ditempatkan di hotel. Semua kos Warisan yang tanggung.

Ini menunjukkan penyokong Warisan aka masyarakat Sabah sudah mula bersikap sinis terhadap politik Warisan. Slogan Sabah Ubah dan Sabah for Sabahan hanyalah retorik, slogan ini juga tidak berjaya menutup penyelewengan dana masyarakat miskin yang disalurkan melalui Kementerian KKLW yang pada masa itu diterajui oleh Presiden Warisan.

Habis barang barang, boleh tutup kedai sudah kah?

#BNforSabahan #tolakwarisan

Kerjasama Darell Leiking dan Dr Jeffrey

Sebelum ini hanya kerana gambar, Warisan dengan mudah membuat tuduhan kononnya STAR dan BN ada hubungan politik. Sebab itulah STAR tidak boleh diberikan sokongan atau diundi pada PRU yang akan datang.

Gambar yang dimaksudkan oleh Warisan ialah gambar Datuk Anifah Aman bersama Dr Jeffrey dan lain lain. Hinggakan pada masa itu, admin pun turut terpedaya/tertipu.

Tapi bagaimana dengan gambar ini Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking bersama Presiden STAR, Dr Jeffrey apa tuduhan yang sesuai untuk mereka?

Admin ada pandangan yang tersendiri selain dari konteks kepartian diantara STAR dan Gabungan. Itu perebutan mendapatkan jawatan tertinggi di dalam Warisan (cukup setakat itu nanti tidak pasal pasal akan membuka mata pihak tertentu lalu menyokong pembangkang walaupun dalam masa yang sama akan melopongkan pihak atau kaum tertentu dari pantai timur Sabah iaitu kaum Bajau Suluk)

Berdasarkan gambar ini apa tuduhan yang paling sesuai untuk mereka. Khususnya pada Timbalan Presiden Warisan, pembelot?

#BNforSabahan

PBS Membakut Masih Wujud dan Utuh – Warisan

Rupanya berita dari media Warisan kononnya ada seramai 1000 ahli parti PBS Membakut meninggalkan parti itu dan menyertai Warisan adalah berita yang tidak benar. Berita propaganda semata-mata. Bikin kesian!

Kononnya pada Majlis itu Presiden Warisan, Shafie Apdal telah menerima borang kemasukan beramai ramai yang diketuai oleh bekas ketua PBS Membakut Egol Onsim Basintal. Kerna itu kononnya bolehlah PBS di Membakut tutup kedai.

Hakikatnya, baru sebentar tadi admin menerima maklumat sahih sekaligus mendedahkan pembohongan Warisan.

Naib Ketua Bahagian PBS Membakut, Joniri Mikil menegaskan bahawa berita itu adalah palsu. Dimana Bahagian PBS Membakut yang diketuai oleh Runtian Medan dan mempunyai 21 Cawangan serta AJK Bahagian, masih wujud dan aktif. Mereka juga berjanji akan terus menyokong kepimpinan Adun N24 Membakut Yb Datuk Arifin Arif.

Ujarnya lagi kemasukan mantan ketua Bahagian Egol Onsim Basintal ke parti Warisan adalah atas kehendak peribadinya yang jelas berkepentingan. Malah tidak pun melibatkan mana mana Cawangan dan ahlinya. Selain Cawangan si Egol yang tidak lagi aktif.

Apa khabar parti Warisan? ada yang berani menafikan kebenaran entri ini, kalau ada dipersilakan. 😊

Pada masyarakat yang ada diluar sana jangan kamu terpedaya, parti Warisan adalah parti yang dilahirkan atas kepentingan peribadi dan dendam semata-mata. Alsebab itulah kalau kita teliti balik, perkara yang “diperjuangkan” oleh Shafie Apdal sehingga dia dipinggirkan dari UMNO adalah isu yang berkaitan dengan 1MDB tapi bila isu ini gagal mendapat kepercayaan rakyat. Kini Shafie selaku Presiden parti Warisan menukar agenda perjuangannya berpolemik pula dengan slogan Sabah for Sabahan. Hemmm

BN adalah parti yang relevan untuk semua lapisan masyarakat Sabah. In Shaa Allah.

#BNforSabahan

Warisan Pro BN – Dakwa DAP Sabah

Betul kah, menurut Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking. DAP Sabah telah memfitnah mereka iaitu Warisan difitnah sebagai parti Pro BN?

Kalau nak kata Pro BN tidaklah tapi kalau kata Warisan equal Dr M (PPBM)di Sabah, jelas dakwaan ini adalah sahih lagi benar. Walaupun cuba dinafikan oleh barisan kepimpinan Warisan memandangkan sebelum ini Warisan diperkenalkan sebagai kononnya parti tempatan Sabah yang setaraf dengan STAR dan mampu membolot semua kerusi DUN pada PRU yang akan datang.

Realitinya tidak begitu PKR dan DAP Sabah berdegil mahu bertanding di beberapa kerusi yang juga disertai oleh Warisan. Alsebab itulah Presiden Warisan, Shafie terpaksa menggunakan kuasa Pengerusi PH Malaysia, Dr M untuk membolot semua kerusi DUN. Hingga mengundang kemarahan DAP dan PKR, terjadilah pergaduhan seperti mana kenyataan ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin yang dipaparkan di surat khabar berbahasa Cina.

Kamu nampak tak, kelincahan Presiden Warisan. Pusing sana pusing sini. Itu Timbalan dan Naib Naib Presiden Warisan tu, bukan tahu apa apa tu. Bergambar saja yang mereka pandai, poyoh.

Pun begitu Adun Sri Tanjung telah tampil membetulkan kesahihan berita yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan. Bahawa dia tidak menuduh Warisan Pro BN tapi sebaliknya andai parti seperti Warisan tidak mahu berkerjasama dengan DAP/PH maka mereka adalah parti pro BN.

Nampak gayanya DAP Sabah sendiri tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan oleh Dr M.

Pada penyokong Gabungan Sabah dan DAP Sabah jangan kamu sesekali memandang enteng pandangan DAP Sabah. Siapa tahu dakwaan DAP itu ada asasnya, berasaskan kedudukan adik Presiden Warisan Datuk Yusof Apdal yang masih setia bersama BN.

Cepatnya Warisan berburuk sangka, takut DAP dan PKR menuntut lebih kerusi kah, itu yang awal awal lagi mencari gaduh tu. Hemmm

#BNforSabahan

Lawatan Najib Ke Amerika Menggilakan Pembangkang.

Kerana dengki pada kebijaksanaan BN aka PM Najib Razak yang berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika.

Maka jentera pembangkang tidak putus putus menanam kebencian pada kerajaan BN

Sejak dari hari pertama ketibaan PM Najib Razak dan rombongan di Amerika, sudah pun berpuluh kenyataan fitnah yang kita dengar.

Pertama, kononnya kelihatan dalam gambar PM Najib Razak telah berjaya dicekup dan sedang diiringi oleh kereta Polis untuk dibawa ke pejabat DOJ bagi disoal siasat.

Walhal kehadiran polis pada ketika itu adalah untuk mengiringi kenderaan yang membawa PM Najib Razak ke pejabat Donald Trump yang terletak di White House, Washington DC.

Malah setibanya PM Najib Razak di White House, beliau disambut sendiri oleh Donald Trump. Menunjukkan sememangnya Malaysia dan Amerika ada hubungan yang baik dan Amerika mengalu alukan kehadiran PM Najib Razak.

Lepas itu, tampil pula Rafizi Ramli, mempersoal status lawatan PM Najib Razak yang pada pendapatnya, lawatan itu adalah lawatan yang tidak rasmi.

Hello, Rafizi!. Jangankan lawatan sebesar itu yang melibatkan negara maju seperti Amerika dan pertemuan atau mesyuarat diadakan White House. Sedangkan pemimpin pemimpin negara yang bermain golf pun dianggap sedang mengadakan pertemuan yang rasmi.

Tidak timbul sama ada kos lawatan ditanggung oleh Amerika atau sebaliknya. Sebab lawatan PM Najib Razak pada kali ini membawa agenda ekonomi mega yang menguntungkan rakyat Malaysia. Seperti contoh pelaburan atau pembelian 25 Boeing 737 dan 8 Boeing 787. Serta pembelian beberapa enjin pesawat dari syarikat gergasi General Electric. Akhirnya juga urusniaga itu nanti akan memaksa dua syarikat itu untuk membuka pusat penyelenggaraan mereka di Malaysia. Dengan demikian akan membuka banyak peluang pekerjaan pada rakyat tempatan. Selain industri hiliran yang akan tumbuh macam cendawan.

Begitu juga dengan janji PM Najib Razak pada kerajaan Amerika, dimana KWSP akan menambah pelaburan sehingga 4 bilion dalam sektor infrastruktur. Akhirnya juga teknologi itu akan dibawa atau dipindahkan ke Malaysia. Siapa yang untung?

Berhubung kritikan dari parti parti tempatan yang “memperjuangkan” Borneonisasi tapi turut mempersoal lawatan Malaysia ke Amerika yang secara politiknya tidak berkaitan. Maka admin berpendapat, mereka hanyalah langau tunggal yang terpisah dari kumpulan. Buang masa, nampak sangat tidak ikhlas, satu ketika berpolitik kenegerian tapi hari ini mereka sibuk dengan masa depan negara Malaysia.

Selain agenda ekonomi yang menguntungkan Malaysia. Agenda keselamatan juga menjadi topik perbincangan. Donald ketika menyentuh topik ini memuji pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membenteras kegiatan pengganas di rantau Asia.

Untuk makluman lawatan ini juga telah dilaporkan oleh portal berita antarabangsa CNN. Walaupun CNN adalah sebenarnya musuh seteru Presiden Donald Trump.

Pokoknya lawatan PM Najib Razak pada kali ini telah menguntungkan rakyat Malaysia dan negara negara jiran. Tahniah PM Najib Razak!!!

#BNforSabahan

Warisan Mempertikai Status Bajau Suluk?

Entri ini ditujukan khusus untuk pengundi Bajau Suluk yang ada di seluruh negara.

Kenapa Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking tidak sudah menyalahkan Bajau Suluk melalui RCI Ic Projek? seolah olah majoriti kaum ini pemegang Ic projek kerna itu jugalah dia bersetuju agar Mykad versi Sabah diperkenalkan.

Jangan dia lupa kekuatan Presiden Warisan, Shafie bergantung sepenuhnya pada pengundi Bajau Suluk tapi dalam masa yang sama kenapa Timbalannya memperlekeh Kewarganegaraan Bajau Suluk hanya semata-mata untuk menarik perhatian KDM supaya memihak Warisan?

Untuk makluman, memang begitu style politik Warisan, suka berlakon sesama mereka, satu pihak menghentam satu pihak lagi berlagak budiman.

Sebelum ini Darell Leiking berpendapat kerana laporan terperinci RCI gagal dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Menyebabkan ramai dari mereka aka Bajau Suluk yang berhijrah atau terlepas ke Semenanjung. Malah menurut si Darell Leiking ada diantara mereka yang berkerja dalam sektor keselamatan dan menjadi anggota Rela tapi ditangkap sebagai penjenayah.

Begitu juga dengan daftar pemilih kononnya akan dicemari oleh pengundi hantu kerana mungkin menggunakan nombor Mykad orang lain.

Berat tuduhan Warisan ni!

Pada Bajau Suluk kamu fikirlah sendiri, bukan Warisan yang memberikan kamu Mykad/Ic tapi kerajaan BN. Peliknya kenapa pula Warisan yang pandai pandai mempersoal status anda. Siapa mereka?

Kalau benar dakwaan Warisan itu ada kebenarannya dan mereka ada bukti, sewajarnya kepimpinan Warisan membuat laporan Polis, bukannya ditukar menjadi modal politik hingga sanggup mengaibkan kaum tertentu.

#BNforSabahan